Tahniah Dinda Dania! Senarai Pemenang Ceria Popstar Xtra 2022

Senarai Pemenang Ceria Popstar Xtra 2022

Tahniah Dinda Dania dinobatkan sebagai juara Ceria Popstar Xtra 2022 yang juga pemenang MVP Of The Week.

Ceria Popstar Xtra 2022 kini sudah memasuki pusingan akhir dimana hanya 4 peserta sahaja berjaya ke pusingan ini daripada 6 peserta lain yang tersingkir sejak daripada minggu pertama sehinggalah pusingan separuh akhir sebelum ini.

BACA : Senarai 10 Peserta Ceria Popstar Xtra 2022

Untuk pusingan akhir Dinda Dania, Amani, Iqmal dan Damia berentap di final round dengan 2 playlist bebas bagi meraih gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai utama sebanyak RM20,000 beserta trofi.

Manakala naib juara membawa pulang RM10,000 besert trofi. Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang RM5,000 dan RM3,000 beserta trofi. MVP Of The Week pula bakal membawa pula hadiah wang tunai RM3,000.

Kali ini terdapat 4 juri yang bakal mengadili barisan finalist iaitu Johan, Mas Idayu, juri jemputan Mira Filzah dan juga juri C-X yang telah pun dibongkarkan identitinya pada minggu ketujuh yang lalu iaitu Haqiem Rusli.

Dinda Dania membawakan 2 buah lagu pada malam pentas akhir iaitu Gundah dan Pelesit. Amani membawakan lagu Paku dan Pudar. Iqmal satu-satunya peserta lelaki membawakan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti dan Malam Ini Kita Punya. Manakala Damia bawa lagu Canggung dan Sumpah.

Senarai Pemenang Cerita Popstar Xtra 2022

Pentas Akhir Ceria Popstar Xtra 2022 telah berlangsung pada 17 Ogos 2022 bermula pada jam 9.00 malam yang bersiaran di Astro Ceria 611. Berikut merupakan senarai pemenang

Juara - Dinda Dania 

Naib Juara - Iqmal

Tempat Ketiga - Damia

Tempat Keempat - Amani

MVP Of The Week - Dinda Dania

Dinda Dania juara Ceria Popstar Xtra 2022

Tahniah kepada semua pemenang!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post