Senarai Pemenang Dewi Remaja 2022 - Tahniah Tracie Jadi Juara!

Tracie Juara Dewi Remaja 2022 - Senarai Penuh Pemenang

Selepas 8 minggu bersiaran, akhirnya Tracie telah diumumkan sebagai Juara Dewi Remaja 2022 mengalahkan 10 finalist lain yang bertanding pada malam final sehinggalah 4 finalist terakhir pada malam tersebut.

Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh kesemua 16 Dewi bagi mengejar gelaran juara. Dalam tempoh itu, seorang demi seorang terpaksa disingkirkan sehinggalah hanya 10 finalist sahaja yang berjaya mara iaitu Dina, Auni, Kimberly, Janani, hyele, Bee, Alyssa, Rasyiqah, Zafirah dan Tracie.

Malam itu juga, daripada 10 finalist, hanya 4 peserta (top 4) sahaja berjaya melangkah untuk pusingan seterusnya dimana terdapat satu lagu tugasan yang perlu dilakukan dan mereka ialah Tracie, Bee Aishah, Kimberly dan Alyssa.

BACA : Senarai Peserta Dewi Remaja 2022

Para finalist telah diadili oleh 3 orang juri iaitu Didie Alias, Izara Aishah dan Dato' Aznil Hj Nawawi dalam beberapa segmen sepanjang malam final berlangsung sehinggalah juga diumumkan pemenang untuk musim kali ini.

Juara telah membawa hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bersama trofi, mahkota Dewi Remaja dan selempang. Naib Juara membawa pulang RM7,000 juga bersama trofi dan selempang. Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan RM1,000, trofi dan selempang.

Senarai Pemenang Dewi Remaja 2022

Program Dewi Remaja 2022 telah berlangsung selama 8 minggu bermula 16 Julai 2022, setiap hari Sabtu bersiaran pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.

Kategori Khas

Anugerah Dewi Activ Kinohimitsu - Alyssa

Dewi Inspirasi - Tracie

Pemenang

Juara - Tracie

Naib Juara - Bee Aishah

Tempat Ketiga - Kimberly

Tempat Keempat - Alyssa

Tahniah Tracie, mungkin gadis yang memiliki wajah seakan Mira Filzah ini membawa tuah sekali gus digelarkan sebagai Juara Dewi Remaja 2022.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post