Drama Jesnita Di Astro Prima

Drama Jesnita Di Astro Prima

Saksikan drama Jesnita yang akan menemui penonton mulai 7 November 2022, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Prima 105 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama 40 episod yang bakal menggantikan Takdir Cinta Dhia ini merupakan drama bukan adaptasi terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emi Suffian dengan nukilan skrip bersama daripada Syed Mohamad Taufiq, Sidek Ariff, Irwan Mansor dan Nurul Hazrina.

Sinopsis Drama Jesnita

Drama bersiri Jesnita menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Maccrone, Fikry Ibrahim, Nasha Aziz, Nina Smith, Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan, Fatiya Latiff, Ani Maiyuni, Mak Jah, Fiza Thomas, Lydia Saimon dan ramai lagi.

  • Intan Najuwa sebagai Jesnita
  • Yusuf Bahrin sebagai Rafael
  • Malek Maccrone sebagai Zaid
  • Fikry Ibrahim sebagai Zainal
  • Nasha Aziz sebagai Syafinaz
  • Nina Smith sebagai Dayana
  • Hafidz Roshdi sebagai Aidil
  • Rozita Che Wan sebagai Rosemila
  • Fatiya Latiff sebagai Aurora

⏩ Tonton Drama Jesnita Episod Seterusnya - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Jesnita yang merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status yang sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid.

Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita meminta cerai daripada suaminya dan beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid.

Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita apabila sebenarnya dia adalah isteri kedua yang mana isteri pertama Rafael ialah Dayana.

Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati.

Drama Jesnita Di Astro Prima

Drama Jesnita Di Astro Prima

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post