Jadual Perlawanan Malaysia Di RTM Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Jadual Perlawanan Malaysia Di RTM Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 telah berlangsung bermula 20 Disember 2022 yang lalu sehingga pada peringkat final yang diadakan pada 13 dan 16 Januari 2023 secara timbal balik.

Pada awalnya, Astro mendapat lesen tayangan rasmi di Malaysia menerusi Astro Arena 801 dan Astro Arena 2 802. Jadi selain daripada dapat menonton perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya, pelanggan Astro juga boleh saksikan perlawan-perlawanan lain.

Tetapi hari ini, RTM baru sahaja mengumumkan dimana mereka akan bawakan tayangan siaran langsung menerusi saluran TV2 dan Sukan RTM secara percuma kepada orang ramai bagi baik perlawanan sehingga final iaitu sebanyak 10 perlawanan.

Jika tidak berkesempatan menonton di tv, boleh saksikan secara online di rtmklik.rtm.gov.my. Paling penting kesemua perlawanan ini adalah tayangan secara percuma. Tapi tayangan di tv adalah lewat 15 minit daripada tayangan asal.

Walaupun selepas 2 perlawanan telah berlangsung melibatkan pasukan Malaysia, sekurang-kurangnya kali ini peminat bola sepak tanah air dapat lihat juga aksi pasukan negara beraksi di kaca tv secara percuma dalam Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Jadual Malaysia Di RTM Dalam Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Malaysia bersama 9 pasukan lain yang melibatkan rantau Asia Tenggara bersaing bagi merebut gelaran juara Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 bagi edisi ke-14. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B dimana, skuad Kim Pan Gon telah mengalahkan 2 lawan pada perlawanan awal sebelum ini.

BACA : Jadual Penuh Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan pasukan Malaysia dalam kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Peringkat Kumpulan

21 Disember 2022 (Rabu)

FT : Myanmar (0) - (1) Malaysia

  • Faisal Halim 52'

Masa : 6.00PM
Tempat : Stadium Thuwunna, Yangon Myanmar
Tayangan : Astro Arena 2 (802)
Live Streaming : Link 1 | Link 2

24 Disember 2022 (Sabtu)

FT : Malaysia (5) - (0) Laos

  • Sergio Aguero 29'
  • Faisal Halim 65' 68'
  • Haqimi Azim Rosli 77'
  • Stuart Wilkin 87'

Masa : 8.30PM
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil Malaysia
Tayangan : Astro Arena 2 (802)
Live Streaming : Link 1 | Link 2

27 Disember 2022 (Selasa)

FT : Vietnam (3) - (0) Malaysia

  • Nguyen Tien Linh 28'
  • Ngoc Hai Que 63' (P)
  • Hoang Duc Nguyen 83'

Masa : 8.30PM
Tempat : Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam
Tayangan : Astro Arena 2 (802), TV2 & RTM Sukan (8.45PM)
Live Streaming : Link 1 | Link 2

3 Januari 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (4) - (1) Singapura

  • Darren Lok 35'
  • Stuart Wilkin 51', 54'
  • Faris Ramli 85'
  • Sergio Aguero 88'

Masa : 8.30PM
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil Malaysia
Tayangan : Astro Arena 2 (802), TV2 & RTM Sukan (8.45PM)
Live Streaming : Link 1 | Link 2

-------------------------------------------

Separuh Akhir

7 Januari 2023 (Sabtu)

FT : Malaysia (1) - (0) Thailand

  • Faisal Halim 11'

Masa : 8.30PM
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil Malaysia
Tayangan : Astro Arena 2 (802)
Live Streaming : Link 1 | Link 2

10 Januari 2023 (Selasa)

FT : Thailand (3) - (1) Malaysia (Agg: 3-1)

  • Teerasil Dangda 19'
  • Bordin Phala 55'
  • Adisak Kraisorn 71'

Masa : 8.30PM
Tempat : Stadium Thammasat, Thailand
Tayangan : Astro Arena 2 (802)
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Final

13 Januari 2023 (Jumaat) - 1st leg

FT : Vietnam (2) - (2) Thailand

  • Nguyen Tien Linh 24'
  • Poramet Arjvirai 48'
  • Peeradol Chamratsamee 63'
  • Van Tanh Vu 88'

16 Januari 2023 (Isnin) - 2nd leg

FT : Thailand (1) - (0) Vietnam (Agg: 3-2)

  • Theerathon Bunmathan 24'

THAILAND DINOBATKAN SEBAGAI JUARA PIALA AFF MITSUBISHI ELECTRIC 2022

Disebabkan ianya tayangan 15 minit lewat daripada jadual asal, adalah sebaiknya mereka yang menonton di RTM tidak melihat update atau kemaskini di mana-mana platform seperti twitter, facebook dan sebagainya.

Barulah macam menonton perlawanan sebenar kan. Ok la kan, tayangan free siapa nak bagi walaupun tidak sepenuhnya 'live'. Terima kasih semua yang terlibat

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post