Jadual Perlawanan Malaysia Di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Jadual Perlawanan Malaysia Di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Secara rasminya, kejohanan bola sepak dwitahunan anjuran Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF) iaitu Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan bermula pada 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.

Sebanyak 10 pasukan yang akan bersaing bagi merebut gelaran juara sekali gus dinobatkan sebagai pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara. Pasukan negara yang layak iaitu Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei DS, Vietnam, Singapura, Myanmar, Loas dan Malaysia.

Untuk edisi ke-14 ini, Malaysia pastinya ingin mencari gelaran juara untuk kali kedua selepas berjaya memenanginya ketika kejohanan menggunakan Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 yang mana ketika itu dibawah pengendali Datuk Raja Gopal.

Sponser dah berubah, jadi nama pun sudah bertukar kepada AFF Mitsubishi Electric Cup. Kejohanan yang sepatutnya diadakan 2 tahun sekali ini terpaksa tunda pada tahun 2020 sebelum ini ke tahun 2021 akibat pandemik. Jadi tahun 2022, penganjur terpaksa mengikut jadual dan pertandingan ini diadakan sekali lagi selepas setahun.

Senarai Pemain Malaysia Di Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Seramai 23 pemain bagi skuad Harimau Malaya dibawah pengendali ketua jurulatih, Kim Pan Gon yang merupakan kejohanan Piala AFF pertama untuk beliau. Berikut merupakan senarai pemain yang telah dipilih bagi bersaing untuk kejohanan kali ini:

Penjaga Gol : Kalamullah, Syihan Hazmi, Rahadiazli

Pertahanan : Khuziami Piee, Shahrul Nazeem, Azam Azmi, Dominic Tan, Quentin Cheng, Fazly Mazlan

Pemain Tengah : Brenden Gan, Mukhairi Ajmal, David Rowley, Stuart Wilkin, Aliff Haiqal, Ruventhiran, Shamie Iszuan, Hakim Hassan

Penyerang : Darren Lok, Lee Tuck, Safawi Rasid, Faisal Halim, Haqim Azim, Sergio Aguero

Walaupun tiada kelibat pemain JDT, pastinya pemain yang telah mendapat kepercayaan coach KPG ini akan memberikan sepenuh jiwa bermain demi negara.

Jadual & Keputusan Perlawanan Malaysia Di Kejohanan AFF Mitsubishi Cup 2022

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos. Bagi perlawanan di Home, Stadium Nasional Bukit Jalil akan digunakan iaitu sebanyak 2 kali. Jadi ramai-ramai datang dan penuhkan stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan negara.

  • Kumpulan A : Thailand, Indonesia, Kemboja, Brunei, Filipina
  • Kumpulan B : Vietnam, Malaysia, Singapura, Myanmar, Laos

Pihak FAM juga berbesar hati telah menurunkan harga tiket beberapa kali. Anda boleh dapatkan tiket masuk serendah RM30 untuk satu perlawanan. Boleh dapatkan secara online di www.tickethotline.com.my

Bagi yang tidak berkesempatan, Astro kali ini akan bawakan 26 perlawanan bagi kejohanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena 2 802 atau secara online di astrogo.astro.com.my dan sooka.my.

Kemaskini terbaru. Baki perlawanan bermula 27 Disember 2022 termasuk perlawanan melibatkan pasuakn Malaysia akan ditayangkan di saluran RTM di TV2, Sukan RTM dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my secara percuma. Walaupun begitu, tayangan adalah lewat 15 minit daripada perlawanan sebenar.

BACA : Jadual Penuh Semua Perlawanan Di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan yang hanya melibatkan pasukan Malaysia dan pasukan lain sepanjang kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

20 Disember 2022 (Selasa)
FT : Kemboja (3) - (2) Filipina - 6.00PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Brunei DS (0) - (5) Thailand - 8.30PM di Astro Arena 2 (802)

21 Disember 2022 (Rabu)
FT : Laos (0) - (6) Vietnam - 8.30PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Myanmar (0) - (1) Malaysia

  • Faisal Halim 52'

Masa : 6.00PM
Tempat : Stadium Thuwunna, Yangon Myanmar
Tayangan : Astro Arena 2 (802)
Live Streaming : Link 1 | Link 2

23 Disember 2022 (Jumaat)
FT : Indonesia (2) - (1) Kemboja - 5.30PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Filipina (5) - (1) Brunei DS - 6.00PM di Astro Arena (801)

24 Disember 2022 (Sabtu)
FT : Singapura (3) - (2) Myanmar - 6.00PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Malaysia (5) - (0) Laos

  • Sergio Aguero 29'
  • Faisal Halim 65' 68'
  • Haqimi Azim Rosli 77'
  • Stuart Wilkin 87'

Masa : 8.30PM
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil Malaysia
Tayangan : Astro Arena 2 (802)
Live Streaming : Link 1 | Link 2

26 Disember 2022 (Isnin)
FT : Brunei DS (0) - (7) Indonesia - 6.00PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Thailand (4) - (0) Filipina - 8.30PM di Astro Arena 2 (802)

27 Disember 2022 (Selasa)
FT : Laos (0) - (2) Singapura - 6.00PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Vietnam (3) - (0) Malaysia

  • Nguyen Tien Linh 28'
  • Ngoc Hai Que 63' (P)
  • Hoang Duc Nguyen 83'

Masa : 8.30PM
Tempat : Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam
Tayangan : Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

29 Disember 2022 (Khamis)
FT : Indonesia (1) - (1) Thailand - 5.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
FT : Kemboja (5) - (1) Brunei DS - 6.00PM di Astro Arena (801) & TV Okey

30 Disember 2022 (Jumaat)
FT : Myanmar (2) - (2) Laos - 6.00PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
FT : Singapura (0) - (0) Vietnam - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

2 Januari 2023 (Isnin)
FT : Thailand (3) - (1) Kemboja - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV Okey
FT : Filipina (1) - (2) Indonesia - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

3 Januari 2023 (Selasa)
FT : Vietnam (3) - (0) Myanmar - 8.30PM di Astro Arena (801) & TV Okey
FT : Malaysia (4) - (1) Singapura

  • Darren Lok 35'
  • Stuart Wilkin 51', 54'
  • Faris Ramli 85'
  • Sergio Aguero 88'

Masa : 8.30PM
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil Malaysia
Tayangan : Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

--------------------------------------------

Separuh Akhir 1 & 2

6 Januari 2023 - Separuh Akhir 1 (First Leg)
FT : Indonesia (0) - (0) Vietnam - 5.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

7 Januari 2023 - Separuh Akhir 2 (First Leg)
FT : Malaysia (1) - (0) Thailand - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

9 Januari 2023 - Separuh Akhir 1 (Second Leg)
FT : Vietnam (2) - (0) Indonesia (Agg: 2-0) - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

10 Januari 2023 - Separuh Akhir 2 (Second Leg)
FT : Thailand (3) - (0) Malaysia (Agg: 3-1) - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

--------------------------------------------

Final 1 & 2

13 Januari 2023 - Final (First Leg)
FT : Vietnam (2) - (2) Thailand - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

16 Januari 2023 - Final (Second Leg)
FT : Thailand (1) - (0) Vietnam (Agg: 3-2) - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

THAILAND DINOBATKAN SEBAGAI JUARA PIALA AFF MITSUBISHI ELECTRIC 2022

Jadual Perlawanan Malaysia Di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Inilah kalilah Malaysia nak bawa balik Piala AFF. Biarlah tiada dalam kalender FIFA pun. Ini pastinya menjadi kebangaan rakyat Malaysia jika kita memenanginya kali ini selepas kali terakhir pada tahun 2010.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post