Senarai Peserta The Last Trio Standing 2022

Senarai Peserta The Last Trio Standing 2022

Sebuah lagi rancangan muzik realiti terbaru diperkenalkan oleh pihak Astro dan kali ini menerusi program The Last Trio Standing (TLTS) dan yang pastinya banyak pilihan program yang boleh ditonton selepas ini pada hujung minggu.

BACA : BRIGADE Muncul Juara Pertama The Last Trio Standing 2022-2023

TLTS 2022 merupakan sebuah program yang bakal memaparkan gabungan trio yang terdiri daripada nama-nama tersohor dan terkenal dalam industri muzik tanah air bersama nama-nama yang sedang naik dan meniti dunia popoulariti.

Format Pertandingan

Sebanyak 10 kumpulan trio yang terdiri daripada seorang komposer, seorang penyanyi dan seorang pendatang baru dalam industri (newcomer).

Setiap minggu, setiap kumpulan perlulah mengolah semula sebuah lagu popular yang akan dijadikan cover song serta menggubah sebuah lagi bersama. Setiap tugasan adalah berpandukan tema yang ditetapkan setiap minggu. Kemudian trio ini perlu menyanyikan salah sebuah lagu yang disediakan tersebut.

Salah satu lagu yang bakal dinyanyikan tersebut akan ditentukan oleh sebuah kumpulan juri yang dipanggil Squad Elite yang terdiri daripada penyanyi popular seperti Aina Abdul, Syamel, Hazama, Erra Fazira, Black, Datin Alyah dan ramai lagi.

Barisan Panel Juri

Kemudian setiap persembahan akan diadili oleh barisan panel juri yang terdiri daripada 2 juri tetap iaitu Ajai dan Jennifer Thompson serta seorang juri undangan yang dibawa setiap minggu. Antaranya Dato' M. Nasir, Datuk Syafinaz, Dato Yusry Abdul Halim, Dato Siti Nurhaliza, Misha Omar dan ramai lagi.

Markah adalah seratus peratus daripada pihak juri. Tiada undian online. Jadi trio yang mendapat markah terendah setelah diadili oleh kesemua juri pada setiap minggu akan tersingkir. 

Hadiah Wang Tunai

The Last Trio Standing menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 kepada juara beserta trofi. Manakala Naib Juara akan membawa pulang RM25,000 dan trofi dan tempat ketiga menerima RM15,000 juga bersama trofi.

Bagi pemenang tempat keempat dan kelima hanya peroleh trofi pertandingan. Pemenang trio mingguan pula bakal menerima RM10,000.

Senarai Peserta The Last Trio Standing 2022

Seperti yang diberitahu, terdapat 10 trio yang terlibat dan setiap daripadanya terdiri daripada trio iaitu seorang komposer, penyanyi dan pendatang baru dalam industri. Berikut merupakan senarai peserta:

  1. CHOP! (Altimet | Sophia Liana | Malik Abdullah)
  2. ADAM (AG Coco | Amir Jahari | Fidi)
  3. DARMI (Hafiz Hamidun | Asmidar | Syahmi Irfan)
  4. MOLUV (Cat Farish | Azan Addin | Cinta)
  5. XIN (Zimi Sofazir | Ara Johari | Manzack)
  6. BRIGADE (Tomok | Amir Masdi | Ariff Sany)
  7. TRILOGI (Aepul Roza | Sharul Kamal | Syamimi Makhetar)
  8. SENATRA (Mawi Masdo | Ali Sariah | Heidi Moru)
  9. TRIVOCE (Asfan Shah | Lah Ahmad | Erin CTJ)
  10. UTAMA (Tam Spider | Afif Tirmizie | Maria Effendi)

Hos Rancangan

Untuk musim pertama, pengacara tersohor, Awal Ashaari dan penyanyi popular, Zizi Kirana akan bertindak sebagai hos dan pengacara program.

Tayangan Program The Last Trio Standing 2022

Jadi jangan terlepas untuk saksikan The Last Trio Standing 2022 selama 8 minggu secara eksklusif mulai 17 Disember 2022, setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam di saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post