Koleksi Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru 2023

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru 2023

Tahun 2023 semakin hampir, pasti ramai yang teruju untuk memasuiki tahun baru dengan harapan yang tinggi dan pastinya lebih positif dari tahun sebelumnya. Jadi ada beberapa ucapan inspirasi Selama Tahun Baru yang anda boleh gunakan untuk hantar kepada orang yang tersayang.

Tahun Baru adalah masa untuk kita merenung kembali tahun yang telah lalu dan menambahbaik dalam tahun yang serba baru selepas ini. Raikanlah bersama orang yang tersayang dan terpenting dalam hidup anda dengan memberikan ucapan dan mesej tahun baru.

Raikanlah sama ada bersama pasangan, rakan-rakan atau keluarga yang istimewa dalam hidup kita. Buat mereka merasakan mereka amat bermakna dan istimewa dalam hidup kita. Kongsikan di laman media sosial; facebook, twitter, instagram, tiktok atau di whatsapp sekali pun.

Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru 2023 / Happy New Year & Pantun

Berikut merupaka antara senarai ucapan dan pantun yang anda boleh gunakan untuk sambutan Tahun 2023 untuk kongsikan kepada yang tersayang pada malam dan awal tahun baru.

BACA : Ucapan Pantun Selamat Tahun Baru 2023

Ucapan 1

Semoga dilimpahi rezeki, dimudahkan segala urusan, kesihatan yang baik dan dirahmati Allah sentiasa.

Selamat Tahun Baru 2023

Ucapan 2

Pada Tahun Baru ini, saya berharap agar anda melayari Januari yang luar biasa, Februari yang mempesonakan, Mac yang damai, April yang tiada kebimbangan, Mei yang sensasi dan kegembiraan dengan berterusan dari Jun hingga November, dan kemudian diakhiri dengan Disember yang ceria

Ucapan 3

Selamat Tahun Baru 2023!

Setiap tahun ada pasang surutnya, dan setiap tahun pasti akan membentuk siapa diri kita pada hari ini dan siapa kita pada masa hadapan. Teruskan memperbaiki diri!

Ucapan 4

"Permulaan adalah bahagian paling penting dalam sesuatu pekerjaa" - Plato

Selamat Tahun Baru 2023!

Ucapan 5

Setiap tahun anda membuat azam untuk mengubah diri anda. Tahun ini, buat azam untuk menjadi diri sendiri.

Ucapan 6

Selamat Tahun Baru 2023

Setiap tahun baru adalah suatu pembelajaran, pertumbuhan, dan harapan. Semoga minda dan jiwa anda diperkaya dengan perkara-perkara tersebut dan lebih banyak lagi pada hari-hari yang akan datang!

Ucapan 7

Selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua. Semoga tahun 2023 menjadi tahun lebih baik daripada tahun sebelumnya dengan banyak perkara yang sudah kita belajar.

Yang penting, hati-hati berbelanja tahun mendatang. Jaga kewangan anda.

Ucapan 8

Selamat Tahun Baru 2023!

Dah kira duit dividen ASB tu, jangan lupa teman-teman rapat anda. Tanpa kami siapalah anda. Tanpa anda siapalah kami

Ucapan 9

Selamat Tahun Baru untukmu. Semoga tahun yang akan datang membawa keberkatan serta kedamaian kepada anda

Ucapan 10

Sambutlah tahun baru ini dengan semangat baru dan jiwa yang lebih maju dan optimis. Selamat Tahun Baru 2023 untuk semua.

Ucapan 11

Selamat Tahun Baru 2023

Jangan sesali masa dahulu. Jangan risaukan masa hadapan. Kerana kita masih berpeluang untuk memulakan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.

Ucapan 12

Selamat Tahun Baru untukmu. Semoga tahun yang akan datang membawa keberkatan serta kedamaian kepada anda

Ucapan 13

Tahun baru, langkah baru serta kesempatan baru untuk meninggalkan perkara buruk dan memperbaiki perilaku kita di tahun-tahun sebelunya. Selamat Tahun Baru 2023!

Ucapan 14

I'm blessed to know that I have friends like you in my life this New Year. Here's to many years to come!

Ucapan 15

Wishing you a joyous 2023. May the blessings of God always remain with you throughout the year!

Ucapan 16

May the new year offer a fresh start to your life. May you have all your dreams fulfilled. Have a great year ahead!

Ucapan 17

Happy New Year! May God grace your life with His generosity and blessings!

Ucapan 18

Happy New Year to you and your family! Hope this new year will bring all the great things in life that truly deserve

Ucapan 19

Happy New Year to you! May the upcoming 2023 year bring you holy blessing and peace!

Ucapan 20

Happy New Year 2023! May the New year bring you happiness, peace and properity

Pantun Tahun Baru 2023

Ada awal ada akhir,
Ada nasi, ada bubur,
Tahun 2022 akan berakhir,
Sudahkan kita bersyukur?

Manis rasanya si buah duku,
Seperti minum susu coklat,
Selamat tahun baru kepada sahabatku,
Semoga kita terus bersahabat.

Rakan jauh datang berjumpa,
Setelah itu keluar ke pasar berdua,
Selamat Tahun Baru 2023,
Semoga semakin sukses dan sentiasa bahagia.

Awal pagi pergi ke kedai,
Mencari barang untuk bekalan,
2022 bakal melabuhkan tirai,
2023 bawa penuh harapan.

Dalam gelas ada sudu,
Sudu disimpan dalam belanga,
2022 akan berlalu,
2023 akan menjelma

Pergi ke bandar di tengah hari
Singgah di office keluarkan dividen ASB,
Ingat-ingatlah pesanan diri,
Jangan sombong pada tahun baru ini

Berjalan-jalan di pekan baru,
Sambil hirup udara nyaman,
Saya ucap Selamat Tahun Baru,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Tahun baru pakat nikmati,
Disambut pemuda juga pemudi,
Jauhi maksiat pada diri,
Ingat apa pesanan Nabi

Daun palas jatuh ke riba,
Layu berguguran di angin deru,
2023 menjelang tiba,
Menanti cabaran di alaf baru.

Memburu kijang di dalam rimba,
Berehat sebentar di tepi paya,
Tahun baru telahpun tiba,
Semoga azam kita berjaya.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post