Koleksi Senarai Pantun Selamat Tahun Baru 2023

Pantun Selamat Tahun Baru 2023

Tahun Baru semakin hampir. Jadi takkan setiap tahun anda hanya berikan ucapan biasa sahaja kepada yang tersayang. Apa kata kali ini kita hadiahkan serangkap pantun Selamat Tahun Baru 2023 untuk mereka.

Anda boleh kongsikan dan sampaikan pantun ini di laman media sosial anda apabila tiba malam tahun baru atau sesudah tiba tahun baru sama ada di facebook, twitter, instagram atau jadikan video di tiktok. Selain itu, ucapkan secara khusus kepada yang tersayang melalui whatsapp.

Selain menghiburkan, ucapan Selamat Tahun Baru menggunakan pantun ini pastinya terlihat berbeza dengan yang lain. Boleh juga dijadikan dalam poster ucapan nnati. Tak tahun pantun mana yang menarik, boleh tengok senarai dibawah

Senarai Pantun Selamat Tahun Baru 2023

Berikut merupakan antara senarai 4 rangkap pantun yang anda boleh gunakan untuk ucapan sempena sambutan Tahun Baru 2023 bagi mengucapkan kepada rakan dan keluarga pada malam dan awal tahun baru.

BACA : Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru 2023

Pantun 1

Pergi berburu membawa senapan,
Perginya bersama dengan si Zaara,
Selamat tahun baru saya ucapkan,
Semoga bahagia dan sejahtera.

Pantun 2

Ada awal ada akhir,
Ada nasi, ada bubur,
Tahun 2022 akan berakhir,
Sudahkan kita bersyukur?

Pantun 3

Pergi ke bandar di tengah hari
Singgah di office keluarkan dividen ASB,
Ingat-ingatlah pesanan diri,
Jangan sombong pada tahun baru ini

Pantun 4

Jika tahun lalu banyak tentangan,
Mari lunaskan dengan ketekunan,
Bila tahun lalu ada kekecewaan,
Maka hadapilah dengan senyuman.

Pantun 5

Rakan jauh datang berjumpa,
Setelah itu keluar ke pasar berdua,
Selamat Tahun Baru 2023,
Semoga semakin sukses dan sentiasa bahagia.

Pantun 6

Minum kopi dalam cangkir,
Makan roti sapu bersama susu,
Hari ini akan berakhir,
2022 akan berlalu.

Pantun 7

Awal pagi pergi ke kedai,
Mencari barang untuk bekalan,
2022 bakal melabuhkan tirai,
2023 bawa penuh harapan.

Pantun 8

Pergi ke perpustakaan membaca buku,
Main game tidak mendapat ilmu,
Selamat Tahun Baru kepada cintaku,
Akan ku bersegera melamarmu

Pantun 9

Dalam gelas ada sudu,
Sudu disimpan dalam belanga,
2022 akan berlalu,
2023 akan menjelma

Pantun 10

Manis rasanya si buah duku,
Seperti minum susu coklat,
Selamat tahun baru kepada sahabatku,
Semoga kita terus bersahabat.

Pantun 11

Berjalan-jalan di pekan baru,
Sambil hirup udara nyaman,
Saya ucap Selamat Tahun Baru,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Pantun 12

Pokok senduduk di tanah seberang,
Berselang rapat di pokok jati,
Tahun yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang sakitlah hati.

Pantun 13

Tahun baru pakat nikmati,
Disambut pemuda juga pemudi,
Jauhi maksiat pada diri,
Ingat apa pesanan Nabi

Pantun 14

Daun palas jatuh ke riba,
Layu berguguran di angin deru,
2023 menjelang tiba,
Menanti cabaran di alaf baru.

Pantun 15

Memburu kijang di dalam rimba,
Berehat sebentar di tepi paya,
Tahun baru telahpun tiba,
Semoga azam kita berjaya.

Pantun 16

Tahun 2022 penuh ceria,
Ceria menerima rezeki berganda,
Selalu ucap syukur kepadaNya,
Semoga hidup bahagia sentiasa

Pantun 17

Langit rahmat warnanya biru,
Cuaca redup indahkan flora,
Diucap Selamat Tahun Baru,
Moga hidup lebih sejahtera.

Pantun 18

Jalan-jalan ke Pekan Rabu,
Jangan lupa membeli tauhu,
Diucapkan semua Selamat Tahun Baru,
Semoga bahagia dan sukses selalu.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post