Info Dan Sinopsis Projek High Council Di Astro Ria

Drama siri Astro Originals Projek High Council di Astro Ria

Saksikan sebuah siri Astro Originals Projek High Council yang akan menemui penonton untuk tayangan perdana pada 14 Januari ini secara On Demand dan Astro Go. Bakal bersiaran mulai 23 Januari 2023, setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104.

Drama siri 10 episod ini merupakan drama antalogi daripada siri 'Projek' bermula dengan Anchor SPM sebelum ini. Ianya dihasilkan daripada adaptasi kisah benar kegiatan buli, diskriminasi dan perkauman di sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia.

Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi Pasal Productions Sdn. Bhd., diarahkan oleh Anwari Ashraf dan Ika Zakaria dengan nukilan skrip daripada Anwari Ashraf sendiri bersama Zulaikha Zakaria, Mya Nasiruddin, Luqman Ghazali, Zaharin Zabir, Zulaikha Zulhaimi dan Samuel Sin.

OST Drama

Tajuk Lagu : Test Drive
Artis : Firdaus Rahmat
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Omar K
Penulis Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Omar K

Sinopsis Drama Projek High Council

Drama siri Projek High Council menampilkan barisan pelakon seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Aida Aris, Azhar Sulaiman, Edika Yusof dan ramai lagi.

  • Nadhir Nasar sebagai Naim
  • Mierul Aiman sebagai Fakhri
  • Amir Ahnaf sebagai Kahar
  • Naim Daniel sebagai Ayam
  • Yusof Hashim sebagai Amir
  • Daiyan Trisha sebagai Mia
  • Sazzy Falak sebagai Puan Faniza
  • Ben Tan sebagai Mr. Sin
  • Aida Aris sebagai Idah
  • Azhar Sulaiman sebagai Firdaus
  • Edika Yusof sebagai Harun

Ianya mengisahkan tentang Fakhri iaitu seorang pelajar 15 tahun yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama berprestij tinggi iaitu Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).

Namun begikut, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat heiraki High Council.

Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggan ‘pilihanraya’, pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan ‘kepala’ di sekolah tersebut.

Walaupun dia tahu pilihanraya itu bakal berhadapan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fakhri merebut takhta menjadi ‘kapla’? Apakah kesukaran yang bakal dihadapi demi mencapat matlamatnya?

Drama siri Astro Originals Projek High Council di Astro Ria

Drama siri Astro Originals Projek High Council di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post