Info Dan Sinopsis Drama Kami Budak Band Di TV3

Drama Kami Budak Band Di TV3

Saksikan drama terbaru Kami Budak Band yang akan menemui penonton mulai 18 Februari 2023, bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Drama bersiri 13 episod yang bakal menggantikan I Love You Mr. Clown ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Helmi Yusof dengan nukilan skrip daripada Azril Hamzah, Amin Shakib dan Amar Amir

Sinopsis Drama Kami Budak Band

Drama Kami Budak Band menampilkan barisan pelakon seperti Ezzrin Loy, Kucaimarz, Ariff Bahran, Didi Astillah, Qistina Khaled, Bella Dowanna, Putri Syahadah Nurjannah, Hasnul Rahmat, Cat Farish dan ramai lagi.

  • Ezzrin Loy sebagai Aiman
  • Kucaimarz sebagai Hakim
  • Ariff Bahran sebagai Rizal
  • Putri Syahadah Nurjannah sebagai Amy
  • Qistina Khaled sebagai Rita
  • Didi Astillah sebagai Nina

Ianya mengisahkan tentang Band Budak Flat yang didukung oleh Aiman, Rezal dan Haqiem telah bekerja keras untuk menempa nama di dalam industri muzik negara.

Sepanjang perjalanan mereka mengejar cita-cita sebagai pemuzik, mereka telah berdepan dengan banyak cabaran dan kenangan. Cabaran yang dilalui mereka telah mengukuhkan lagi persahabatan antara mereka.

Bermula dengan persembahan di jalanan dan kenduri perkahwinan, mereka akhirnya bertemu dengan Rostam sebagai mentor mereka yang telah membawa mereka ke arah kejayaan.

Drama Kami Budak Band Di TV3

Drama Kami Budak Band Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post