Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Di TV3

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Di TV3

Saksikan drama terbaru Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang akan menemui penonton mulai 6 Februari 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh strim secara online di watch.tonton.com.my.

Drama 28 episod yang bakal mencipta fenomena gara-gara kontroversi pelakon sebelum ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' karya Wawa Akil yang juga bersiaran bagi menggantikan Kerana Cinta Itu Ada.

Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi Nuansa Film Sdn. Bhd., diarahkan oleh Osman Ali dengan kersama Yus Yuso serta nukilan skrip daripada Mimie Zakaria dan Farah Izzati.

Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah menampilkan barisan pelakon seperti Sophia Al-Barakbah, Aliff Aziz, Shah Iskandar, Jasmine Suraya, Zaki Azeman, Didi Astillah, Halim Radzi, Letchumi Sandraj, Jasper Supayah, Jasmin Hamid, Kuna Muzani,Shahidan Izwan, Hilal Azman, Zack Zabhas dan ramai lagi.

  • Sophia Al-Barakbah sebagai Raisya Hannah
  • Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
  • Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
  • Jasmine Suraya sebagai Maira
  • Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
  • Didi Astillah sebagai Aqilah
  • Halim Radzi sebagai Haikal
  • Letchumi Sandraj sebagai Reena
  • Jasper Supayah sebagai Najia
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah

Kisahnya bermula apabila Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira, di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang.

Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian.

Luth Mikail, seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah.

Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Di TV3

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post