Siaran Langsung Badminton Malaysia Vs Kazakhstan Di BAMTC Dubai 2023

Siaran Langsung Badminton Malaysia Vs Kazakhstan Di BAMTC Dubai 2023

Hari ini pemain-pemain badminton Malaysia akan turun berdepan dengan Kazakhstan untuk perlawanan kedua di peringkat kumpulan yang berlangsung pada 15 Februari 2023, hari Rabu juga bertempat di Dubai Exhibition Centre, UAE.

Pasukan negara telah memperoleh kemenangan bersih 5-0 pada perlawanan pertama menentang pasukan tuan rumah, UAE sekali gus menamatkan saingan hari pertama di tempat kedua di belakang India dengan dua mata yang juga telah menang dengan 5-0.

Pastinya persaingan untuk semua pasukan akan diteruskan lagi dalam Badminton Asia Mixed Team Championship 2023 ini bagi merebut slot ke pusingan suku akhir dimana hanya juara dan naib juara sahaja yang akan layak ke peringkat seterusnya.

Senarai Pemain Dan Keputusan Malaysia Vs Kazakhstan Di BAMTC Dubai 2023

Seperti yang diumumkan, tayangan siaran langsung di Astro Supersport 814 hanya akan bermula pada pusingan suku akhir sehinggalah final. Untuk peringkat kumpulan akan ditayangkan secara live streaming di platform online.

Anda boleh strim di youtube rasmi Badminton Asia di @BadmintonAsia hanya untuk Court 1 dan di instragram @badmintonasia.official untuk Court 2. Tiada live untuk Court 3 dan Court 4.

Berikut merupakan jadual, keputusan dan barisan pemain yang akan bertanding dalam perlawanan ini untuk Malaysia dan Kazakhstan. Masa adalah mengikut waktu Malaysia dan mungkin akan ada perubahan waktu mengikut keadaan semasa.

15 Februari 2023 (Rabu)

  • Malaysia (5) - (0) Kazakhstan - 9.00 Malam di Court 4 (live)(live)

[WS] Wong Ling Ching (MAS) vs (KAZ)Aisha Zhumabek - [21-6, 21-13]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (KAZ Dmitriy Panarin - [21-12, 21-16]

[WD] Go Pei Kee/Teoh Mei Xing (MAS) vs (KAZ) N Rakhmetullayeva/K Smagulova - [21-7, 21-7]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (KAZ) K Kulmatov/A Niyazov - [21-5, 21-17]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (KAZ) M Tadzhibullaev/A Zhumabek - [21-9, 21-10]

Anda boleh dapatkan jadual dan keputusan penuh bagi pasukan lain dalam Kumpulan B dengan merujuk di Jadual & Keputusan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post