Jadual Dan Keputusan Badminton Asia Mixed Team Championships Malaysia 2023

Jadual Dan Keputusan Badminton Asia Mixed Team Championships Malaysia 2023

Berhenti sebentar daripada BWF World Tour, para pemain badminton Asia khususnya akan menyertai kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023 yang akan bermula dari 14 hingga 19 Februari 2023 bertempat di Dubai Exhibition Centre, Dubai UAE.

Kejohanan ini akan bermain sebagai berkumpulan dimana sebanyak 17 pasukan negara Asia yang bakl bertanding. Kesemuanya dibahagi kepada 4 kumpulan (A-D) yang setiap darinya terdiri daripada 4 ke 5 pasukan.

Malaysia antara 4 pasukan utama (seeded) yang telah diundi dalam kumpulan B bersama India, Kazakhstan dan tuan rumah, UAE. Manakala kumpulan A terdiri daripada China, Korea, Singapura dan Uzbekistan.

Untuk kumpulan C terdiri dariapda 5 pasukan iaitu Indonesia, Thailand, Bahrain, Syria dan Lebanon. Manakala Jepun, Chinese Taipei, Hong Kong dan Pakistan diundi dalam kumpulan D.

Permain akan bermula pada peringkat kumpulan secara round-robin. Juara dan Naib Juara bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mata bermula pada pusingan suku akhir, separuh akhir dan pusingan akhir.

Pasukan yang berjaya ke pusingan semi final akan layak secara automatik ke kejohanan Sudirman Cup 2023 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei ini.

Kejohanan : Badminton Asia Mixed Team Championships 2023
Tarikh : 14 - 19 Februari 2023|
Tempat : Dubai Exhibition Centre, Expo City, Dubai UAE
Penyertaan : 17 Pasukan

Senarai Pemain Malaysia Di Kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Ini senarai penuh untuk wakil bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan BAMTC 2023 yang terdiri daripada pemain bawah naungan BAM dan pemain profesional negara:

[Perseorangan Lelaki] - Lee Zii Jia [2] & Leong Jun Hao [66]

[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei [29] & Wong Ling Ching [241]

[Beregu Lelaki] - Aaron Chia [3], Soh Woo Yik [3], Teo Ee Yi [8] & Ong Yew Sin [8]

[Beregu Wanita] - Thinaah Muralitharan [8], Pearly Tan [8], Teoh Mei Xing [109] & Go Pei Kee [109]

[Beregu Campuran] - Tan Kian Meng [6], Lai Pei Jing [6], Chen Tang Jie [75] & Toh Ee Wei [75]

Jadual & Keputusan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Untuk peminat badminton tanah air, kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023 akan bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro SuperSport 814 dan secara online di Astro Go. Walaubagaimanapun, ianya hanya bersiaran bermula peringkat Suku Akhir sahaja.

Untuk peringkat kumpulan, anda boleh saksikan secara live streaming yang akan dibawa oleh pihak penganjur Badminton Asia di Instagram rasmi @badmintonasia.official/ atau menerusi channel youtube @BadmintonAsia.

Berikut merupakan jadual dan keputusan kejohanan BAMTC 2023 yang melibatkan wakil dan pemain-pemain Malaysia dan keputusan lain dalam kumpulan B sahaja sepanjang kejohanan.

*masa dan tarikh perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia

PERINGKAT KUMPULAN

⏵14 Februari 2023 (Selasa) - Day 1

  • India (5) - (0) Kazakhstan - 5.00PM (C2)
  • Malaysia (5) - (0) UAE - 5.00PM (C1)

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (UAE) Bharath Latheesh
[21-12, 21-15]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (UAE) Madhumitha Sundarapandian
[21-0, 21-7]

[MD] Teo Ee Yi/Ong Yew Sin (MAS) vs (UAE) Dev Ayyapan/Dhiren Ayyappan
[21-11, 21-13]

[WD] M. Thinaah/Pearly Tan (MAS) vs (UAE) Sanika D Gurav/Taabia Khan
[21-9, 21-8]

[XD] Tan Kiang Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (UAE) Dev Vishnu/Aleena Qathun
[21-10, 21-9]

15 Februari 2023 (Rabu) - Day 2

  • India (5) - (0) UAE - 9.00PM (C1)
  • Malaysia (5) - (0) Kazakhstan - 9.00PM (C4)

[WS] Wong Ling Ching (MAS) vs (KAZ)Aisha Zhumabek
[21-6, 21-13]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (KAZ Dmitriy Panarin
[21-12, 21-16]

[WD] Go Pei Kee/Teoh Mei Xing (MAS) vs (KAZ) N Rakhmetullayeva/K Smagulova
[21-7, 21-7]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (KAZ) K Kulmatov/A Niyazov
[21-5, 21-17]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (KAZ) M Tadzhibullaev/A Zhumabek
[21-9, 21-10]

16 Februari 2023 (Khamis) - Day 3

  • Kazakhstan (3) - (2) UAE - 9.00PM (C2)
  • Malaysia (1) - (4) India - 9.00PM (C1)

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (IND) Prannoy H. S.
[21-18, 13-21, 23-25]

[WS] Wong Ling Ching (MAS) vs (IND) Pusarla V. Sindhu
[13-21, 17-21]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (IND) Dhruv Kapila/Chirag Shetty
[21-16, 21-10]

[WD] Pearly Tan/M Thinaah (MAS) vs (IND) Treesa Jolly/Gayatri G Pullela
[21-23, 15-21]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (IND) Ishaan Bhatnagar/Tanisha Crasto
[19-21, 21-19, 16-21]

PERINGKAT KALAH MATA

⏵17 Februari 2023 (Jumaat) - Day 4 (Suku Akhir)

Korea (3) - (1) Indonesia - 3.00PM

Thailand (3) - (2) Jepun - 3.00PM

India (3) - (2) Hong Kong - 8.00PM

China (3) - (2) Malaysia - 8.00PM

[MS] Lei Lan Xi (CHN) vs (MAS) Lee Zii Jia
[16-21, 20-22]

[WS] Gao Fang Jie (CHN) vs (MAS) Goh Jin Wei
[15-21, 21-13, 21-19]

[MD] He Ji Ting/Zhou Hao Dong (CHN) vs (MAS) Ong Yew Sin/Teo Ee Yi
[24-22, 21-18]

[WD] Liu Cheng Shu/Tan Ning (CHN) vs (MAS) Pearly Tan/M Thinaah
[17-21, 21-12, 19-21]

[XD] Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping (CHN) vs Tan Kian Meng/Lai Pei Jing
[21-15, 25-23]

--------------------------------------------

⏵18 Februari 2023 (Sabtu) - Day 5 (Separuh Akhir)

Korea (3) - (1) Thailand - 3.00PM

China (3) - (2) India - 8.00PM

⏵19 Februari 2023 (Ahad) - Day 6 (Final)

China (3) - (1) Korea - 6.00PM

[MS] Lei Lan Xi (CHN) vs (KOR) Lee Yun Gyu
[21-16, 21-15]

[WS] Gao Fang Jie (CHN) vs (KOR) Kim Ga Eun
[21-15, 21-15]

[MD] He Ji Ting/Zhou Hao Dong (CHN) vs (KOR) Kim Won Ho/Na Sung Seung
[21-19, 16-21, 17-21]

[WD] Liu Sheng Shu/Tan Ning (CHN) vs (KOR) Jeong Na Eun/Lee So Hee
[21-11, 21-10]

[XD] Feng Yan Zhe/Hunag Dong Ping (CHN) vs (KOR) Kim Young Hyuk/Lee Yu Lim

China juara Badminton Asia Mixed Team Championship 2023 (BAMTC)

Jika anda ingin dapatkan senarai pemain dan keputusan penuh bagi pasukan lain, anda boleh rujuk laman web rasi BWF di bwfbadminton.com/badminton-asia-mixed-team-championship-2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post