Siaran Langsung Perlawanan Penang Vs Selangor Di Final Piala Harapan 2023

Siaran Langsung Perlawanan Penang Vs Selangor Di Final Piala Harapan 2023

Akhirnya kita sudah tahu pasukan manakah yang akan bersaing dalam pusingan akhir untuk Final Piala Harapan 2023 yang telah dijadualkan akan berlangsung pada 4 Februari 2023, hari Sabtu secara live di venue yang sama seperti perlawanan sebelum ini.

Penang FC dan Selangor FC merupakan 2 kelab yang berjaya mara ke final apabila menewaskan lawan masing-masing. Penang dengan kemenangan bergaya mengalahkan wakil Singapura iaitu Geylang International dengan jaringan 4 gol tanpa balas. Manakala Selangor perlu menunggu sehingga ke penentuan sepakan penalti apabila tiada jaringan dihasilkan menentang Kedah dalam tempoh 90 minit sebelum ini.

Yang menang mara ke final. Manakala kelab yang tewas iaitu Kedah dan Geylang International, masing-masing akan bersaing dalam penentuan tempat ke 3/4 pada hari yang sama tetapi bermain waktu berbeza iaitu pada belah petang.

Harga Tiket Masuk Perlawanan Final Piala Harapan 2023

Tidak seperti pada pusingan pertama. Kali ini harga tiket dinaikkan kepada RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Walaupun begitu, tiket tersebut adalah untuk kedua-dua perlawanan iaitu untuk Final pada malam dan Penentuan Tempat 3/4 pada petang (2-in-1).

Selain itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingin pada sebelumnya, pihak pengurusan membuat keputusan untuk tidak menjual tiket di kaunter stadium atau di pejabat. Orang ramai boleh beli secara online di www.tickethotline.com.my

Jadual Tayangan Dan Keputusan Final Piala Harapan 2023

Jika tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh tonton secara live streaming yang dibawakan oleh pihak pengurusan Penang FC sendiri sama seperti sebelum ini. Tetapi sedikit berbeza apabila akan dibuat di Youtube dan bukan di Facebook lagi.

Kali ini anda hanya perlu langgan dan subscibe youtube Penang FC dengan harga RM20.00 sahaja untuk kedua-dua perlawanan (final dan penentuan 3/4). Caranya, anda hanya perlu klik link yang disediakan pada jadual dibawah

4 Februari 2023 (Sabtu)

FT : Penang FC (2) - (1) Selangor FC

  • Mukhairi Ajmal 25'
  • Soony Saad 74', 88'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Negeri Pulau Pinang
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2 | Link 3

Penang FC muncul juara Piala Harapan 2023

Siaran Langsung Perlawanan Penang Vs Selangor Di Final Piala Harapan 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post