Siaran Langung Kedah Vs Geylang International Di Penentuan 3/4 Piala Harapan 2023

Siaran Langung Perlawanan Kedah Vs Geylang International Di Penentuan 3/4 Piala Harapan 2023

Piala Harapan 2023 kini sudah memasuki pusingan kedua iaitu perlawanan penentuan tempat ke 3/4 dan perlawanan final yang mana kedua-duanya akan berlangsung pada hari yang sama pada 4 Februari 2023 dalam waktu yang berbeza iaitu petang dan malam.

Untuk perlawanan penentuan tempat ke 3/4 adalah antara Kedah dan Geylang International. Manakala final mempertemukan Penang dan Selangor. Kedah Darul Aman FC terpaksa akur dengan kekalahan kepada Selangor FC menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas terikat tanpa jaringan dalam tempoh 90 minit. Manakala Geylang International FC tewas dengan jaringan 4 gol tanpa balas kepada Penang FC.

Kelab manakah yang akan memenangi buat julung kali Piala Harapan kali ini untuk edisi tahun 2023? Kena tunggu pada hari Sabtu ini.

Harga Tiket Masuk Perlawanan Penentuan Tempat 3/4 Piala Harapan 2023

Tidak seperti pada pusingan pertama. Kali ini harga tiket dinaikkan kepada RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Walaupun begitu, tiket tersebut adalah untuk kedua-dua perlawanan iaitu Penentuan Tempat 3/4 pada petang dan Final pada malam (2-dalam-1).

Selain itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingin pada sebelumnya, pihak pengurusan membuat keputusan untuk tidak menjual tiket di kaunter stadium atau di pejabat. Orang ramai boleh beli secara online di www.tickethotline.com.my

Jadual Tayangan Dan Keputusan Penentuan 3/4 Piala Harapan 2023

Jika tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh tonton secara live streaming yang dibawakan oleh pihak pengurusan Penang FC sendiri sama seperti sebelum ini. Tetapi sedikit berbeza apabila akan dibuat di Youtube dan bukan di Facebook lagi.

Kali ini anda hanya perlu langgan dan subscibe youtube Penang FC dengan harga RM20.00 sahaja untuk kedua-dua perlawanan (penentuan 3/4 dan final). Caranya, anda hanya perlu klik link yang disediakan pada jadual dibawah

4 Februari 2023 (Sabtu)

FT : Kedah Darul Aman FC (2) - (1) Geylang International FC

  • Zharmien Ashraf 31'
  • Al Hafiz 37'
  • Vincent Bezecourt  40'

Waktu : 5.30 Petang
Venue : Stadium Negeri Pulau Pinang
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

*Kedah Darul Aman FC menamatkan saingan di tempat ketiga.

Siaran Langung Perlawanan Kedah Vs Geylang International Di Penentuan 3/4 Piala Harapan 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post