Tonton Semula Ulangan Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) Bagi Anda Yang Terlepas

Tonton Semula Ulangan Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) Bagi Anda Yang Terlepas

Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) untuk tahun 2023 telah berlangsung dengan meriah pada 12 Februari 2023, hari Ahad bermula pada pukul 9.00 malam yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil dan dipancarkan menerusi TV3.

Pada malam kemuncak tersebut telah berlangsung dengan meriah sekali apabila sebanyak 12 lagu finalis yang bertanding bagi merebut takhta Juara AJL37 sekali gus membawa hadiah utama RM100,000 beserta trofi yang diidam-idamkan oleh setiap penyanyi.

Dari tu juga, kita sudah ketahui keputusan rasmi apabila lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul telah dinobatkan sebaga juara Anugerah Juara Lagu 37 yang mana beliau juga memenangi Vokal Terbaik pada malam tersebut.

Diikuti dengan lagu Satu Malam Di Temasek nanyian Joe Flizzow dan Sonanoe untuk tempat kedua yang mana berjaya bawa pulang RM50,000 dan tempat ketiga dengan hadiah sebanyak RM30,000 dimenangi oleh Anugerah Terindah dendangan Alif Satar & Locos. Mereka juga bawa pulang trofi pertandingan

Manakala Shiha Zikir dengan lagu Irama memenangi persembahan terbaik dan Khai Bahar menang Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa menerusi lagu Sengsara. Masing-masing bawa pulang RM12,000 bersama trofi.

BACA : Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 Tahun 2023

Bagi yang sempat menyaksikan secara langsung di stadium atau di kaca tv, pastinya dapat merasai kehangat dan bestnya persembahan barisan finalis. Macam-macam yang dipersembahkan kepada penonton dan paling menarik adalah dimana Naim Daniel menyanyikan lagu Mainan secara terbalik.

Kemudian persembahan vokal yang disajikan oleh barisan finalis terutamanya Ernie Zakri Zakri, Marsha Milan dan Aina Abdul yang sangat memukau. Kesemuanya memberikan paling terbaik tetapi hanya seorang dipilih sebagai pemenang.

Jadi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk menonton secara live pada malam tersebut anda anda ingin tonton semula malam Anugerah Juara Lagu 37 untuk tahun 2023, anda boleh pergi ke laman web tonton.com.my atau di aplikasi Tonton dan 'search' Anugerah Juara Lagu 37 atau boleh klik sahaja disini

Tonton Semula Ulangan Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) Bagi Anda Yang Terlepas

Anda boleh tonton secara percuma dan hayati setiap persembahan dari mula sehingga tamat dengan pengumuman pemenang. Tonton secara On Demand pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Kat Youtube takda dah tau. Support apps streaming Tonton guys! Harap dieorang boleh bawa aplikasi kt tv plak lepas ni.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post