Drama Andai Itu Takdirnya : Sinopsi Dan Tayangan Di Astro Ria

Drama Andai Itu Takdirnya Di Astro Ria

Saksikan drama Andai Itu Takdirnya yang akan menemui penonton mulai 6 Mac 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama 60 episod ini bakal bersiaran bagi menggantikan Akira Khan sebelum ini yang telah tamat pada 2 Mac yang lalu dan dengan ini malam anda akan disajikan dengan sebuah naskah terbaru yang dikelurakan oleh Astro.

Kali ini kita bakal dapat saksikan sekali lagi gandingan mantap dan serasi antara Hanna Delisha dan Shukri Yahaya yang pastinya bakal memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan yang disertai untuk disajikan kepada penonton

Naskah yang merupakan adaptasi novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah ini merupakan terbitan syarikat produksi SR One Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi Jamal Khan dengan nukilan skrip bersama daripada Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Ali.

OST Drama

Sama seperti drama-drama keluaran SR One Sdn. Bhd. dimana kebiasaanya akan ada runut bunyi atau OST yang dikeluarkan bagi dijadikan lagu tema untuk sesebuah drama terbaru termasuk 'Andai Itu Takdirnya'

Lagu : Andai Itu Takdirnya
Penyanyi : Vanessa Reynauld
Komposer : Ejai Aziz & Kelana
Lirik : Siti Rosmizah

Drama Andai Itu Takdirnya Di Astro Ria

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Andai Itu Takdirnya seperti Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Puteri Sarah Liyana, Dayang Areeda, Idzham Ismail, Atikah Suhaime, Hariz Hamdan, Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Esma Daniel, Laila Nasir, Razman Mahayuddin, Nur Dhia Irdina dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
  • Hanna Delisha sebagai Aleya
  • Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
  • Idzham Ismail sebagai Ikram
  • Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
  • Aida Khalida sebagai Puan Sri Syarifah Aisyah
  • Esma Daniel sebagai Syed Rahim
  • Laila Nasir seabgai Sharifah Rosnah
  • Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen

Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya

Drama Andai Itu Takdirnya mengisahkan tentang Aleya iaitu seorang gadis berasal dari keluarga sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdo iaitu Syed Adam Aizril.

Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia. Berbeza dengan Aleya apabila kehidupan Syed Aizril dia yang kaya menjadikan dia seorang yang berlagak dan sombong. Ini pastinya disebabkan status kehidupan keluarganya.

Tanpa di duga telah berlaku satu insiden yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat. Syed Aizril tidak boleh terima dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata hendak hidup senang.

Tidak lama selepas itu, Syed Aizril dan Aleya akhirnya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya iaitu Encik Idris begitu kecewa terhadap anak perempuannya tersebut, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya.

Ibu bapa Syed Aizril pun sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima. Puan Sri Sharifah Aishah iaitu mama kepada Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan emak saudaranya, Sharifah Rosnah.

Sepupu Syed Aizril iaitu Sharifah Emilin yang sepatutnya menjadi isteri kepada Syed Aizril pada awalnya pun begitu kecewa kerana tidak dapat mengahwini pilihan hatinya. Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya.

Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan namun mampukah Aleya memaafkan semula lelaki yang telah menyeksa kehidupannya tanpa belas?

Tayangan Drama Andai Itu Takdirnya

Jadi untuk ketahui apakah kesudahannya, anda perlu tonton drama Andai Itu Takdirnya mulai 6 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di slot Megadrama di saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama Andai Itu Takdirnya Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post