Senarai Peserta Mega Spontan 2023 Di Astro Warna

Senarai Peserta Mega Spontan 2023 Di Astro Warna

Kali ini lebih epik dengan barisan peserta yang lebih pelbagai dan menarik dalam program permain lawak spontan terbaru terbitan Astro iaitu Mega Sponta 2023 yang bakal bersiaran mulai 19 Mei 2023, setiap hari Jumaat.

BACAManjakelat Dinobatkan Sebagai Juara Mega Spontan 2023

Sebelum ini, kita sudah saksikan banyak siri permainan Super Spontan seperti Super Spontan Superstar, Super Spontan All Start, Super Spontan Xtravaganza, Super Spontan Super 2017 dan kali ini terbaru Mega Spontan 2023.

Sepertinya musim kali ini nampak berbeza daripada musim sebelum-sebelumnya. Kalau dulu, mereka bermain dengan format game show komedi antara dua pasukan sahaja, tetapi kini dalam Mega Spontan 2023 ada 4 kumpulan.

Setiap kumpulan yang terlibat ini mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh. Kali ini, pemenang akan dinobatkan menjadi 'Raja Kerajaan Takhta Nusantara'.

Mega Spontan akan disertai oleh 20 pemain yang dibahagikan dalam 4 kumpulan tersebut. Berbeza seperti sebelumnya, kali ini selain daripada barisan pelawak, ada juga otai serta influencer sosial media dan buat kali pertama akan ada rakyat umum akan menjadi peserta yang dipilih menerusi uji bakat terbuka.

Senarai Peserta Mega Spontan 2023

Antara pemain yang terlibat dalam Mega Sponta 2023 ialah Atu Zero, Mamak Puteh, Joey Daud, Mark Adam, Ropie, Roy Azman, Dato' Jalaluddin Hassan, Adlin Aman Ramli, Naim Daniel, Fadli Masoot, Aya Amiruddin, Noreen Iman, Ramona Zam Zam, Farahdhiya, Mamat Sepah dan Sanjna Suri.

Srivijanda Langkataksuka Majakelat Campaktakjauh
Mentor Kamal Adli Mentor Sabri Yunus Mentor Zizan Razak Mentor Douglas Lim
1. Mamak Puteh
2. Ropie
3. Fadli Masoot
4. Aya Amiruddin
5. Apit Wan Lebo
1. Mark Adam
2. Roy Azman
3. Naim Daniel
4. Farahdhiya
5. Ijat Habart
1. Joey Daud
2. Adlin Aman Ramli
3. Mamat Sepah
4. Sanjna Suri
5. Oky Danial
1. Dato' Jalaluddin Hassan
2. Atu Zero
3. Ramona Zam Zam
4. Noreen Iman
5. Akay Pikir

*senarai peserta dalam setiap kumpulan akan dikemaskini pada hari permainan berlangsung

Mereka semua akan bermain dalam permainan lawak spontan secara improvisasi yang menguji daya kretiviti masing-masing dalam masa yang terhad. Ada permain maju mundur, dahiku dahimu, permainan beku, sketsa ayat penyata dan banyak lagi.

Selain itu, musim kali ini buat kali pertama akan ada mentor bagi setiap kumpulan dimana tugas mereka untuk membantu merancana strategi untuk kumpulan yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk persaingan Battle Royale.

Mereka ada Zizan Razak untuk pasukan Majakelat, Douglas Lim untuk Campaktajauh, Sabri Yunus untuk pasukan Langkatasuka dan Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda. Manakala setiap gerak geri pemain akan dinilai oleh Dato' Afdlin Shauki sebagai Game Master termasuklah menentukan peraturan setiap permainan.

Senarai Peserta Mega Spontan 2023 Di Astro Warna

Untuk musim 2023 kali ini, Mega Spontan akan membawakan Sherry Alhadad sebagai pengacara di pentas utama, disamping Amir Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengacara bersama bagi menanyakan soalan-soalan panas kepada barisan pemain.

Berbeza dengan sebelumnya, kali ini bukan peserta yang akan tersingkir tetapi tetapi secara berkumpulan yang mana ianya hanya akan diadakan pada minggu-minggu yang terpilih sahaja. Undian ada secara online dan boleh dibuat di www.gempak.com/megspontan.

Juara kumpulan akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi. Pemain terbaik pusingan akhir akan memenangi RM10,00 juga beserta trofi. Setiap minggu, kumpulan yang menang akan peroleh RM5,000 untuk didermakan kepada badan amal terpilih.

Mega Spontan 2023 akan berlangsung selama 8 minggu dan bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei 2023, setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam di Astro Warna 107 atau secara online di Astro Go.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post