Manjakelat Dinobatkan Sebagai Juara Mega Spontan 2023

Manjakelat Dinobatkan Sebagai Juara Mega Spontan 2023

Tahniah kepada kumpulan Manjakelat dinobatkan sebagai juara program Juara Mega Spontan 2023 apabila mereka bersaing menentang Srivijanda di finale pada jumaat, 7 Julai yang lalu.

Kumpulan yang terdiri daripada Joey Daud, Adlin Aman Ramli, Mamat Sepah, Sanjna Suri dan Oky Danial juga membawa pulang hadiah wang tunai utama berjumlah RM200,000 beserta trofi dan kalungan emas.

Manakala naib juara bagi kumpulan Srivijanda mereka adalah terdiri daripada ahli kumpulan; Mamak Puteh, Ropie, Fadli Masoot, Aya Amiruddin dan Apit Wan Lebo.

Selain daripada penganugerahan takhta jaura kepada kerajaan nusantara Manjakelat, salah satu ahlinya iaitu Joey Daud juga dipilih sebagai Man Of The Match sekali gus membawa pulan RM10,000.

Berbeza daripada musim-musim sebelumnya, Mega Spontan 2023 kali ini mempertaruhkan kumpulan yang bersaing di atas pentas sponta dan bukan individu seperti tahun-tahun sudah.

Setiap kumpulan juga mempunyai mentor yang membimbing mereka. Srivijanda diwakili oleh mentor Kamal Adli, Langkatasuka ada mentor Sabri Yunus, mentor Zizan Rajak untuk Manjakelat dan akhir seklai mentor Douglas Lim untuk kumpulan Campaktakjauh.

BACA : Senarai Peserta Dan Kumpulan Mega Spontan 2023

Kumpulan Langkatasuka yang terdiri daripada Mar Adam, Roy Azman, Naim Daniel, Farahdhiya dan Ijat Habart telah pun tersingkir pada minggu keempat.

Manakala kumpulan Campaktakjauh; Dato' Jalaluddin Hassan, Atu Zero, Ramona Zam Zam, Noreen Iman dan Akay Pikir terpaksa akur tersingkit pada malam semi final Mega Sponta 2023

Mega Spontan 2023 telah berlangsung selama 8 minggu dimana Sherry Alhadad ditugaskan sebagai pengacara di pentas utama dan disamping Amir Raja Lawak masih dikekalkan untuk beberapa musim sebagai pengaca bersama bagi menanyakan soalan-soalan panas.

Program ini bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang pada setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam dan dipancarkan menerusi saluran Astro Warna 107 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Manjakelat Dinobatkan Sebagai Juara Mega Spontan 2023"