Review Menginap Di Hotel Aluna Ben Thanh, Ho Chi Minh Vietnam. Recommended!

Review Menginap Di Hotel Aluna Ben Thanh, Ho Chi Minh Vietnam

Dalam post kali ini, aku nak kongsikan pengalaman atau review tempat penginapan selama 4 hari 3 malam ketika berada di Ho Chi Minh, Vietnam iaitu di sebuah Hotel Aluna Ben Thanh yang betul-betul terletak dalam Lorong Malaysia.

Masa buat persediaan sebelum travel, pastinya banyak hotel yang disenaraikan dan antara kriteria yang penting ketika itu adalah murah dan lokasinya tidak jauh daripada Ben Thanh Market. Kira macam center of the city la.

BACA : Itinerari Lengkap 4 Hari 3 Malam Di Ho Chi Minh, Vietnam

Ketika itu, aku tak pasti lagi kawasan mana yang dikatakan 'Malaysia street' tu. Katanya dekat je dengan Ben Thanh Market. Jadi sebab tulah, tempat tersebut menjadi panduan ketika ingin buat tempahan hotel untuk bermalam.

Kalau ikut senarai, selain daripada Aluna Ben Thanh ni, ada Hotel Avanti, Song Anh 2, Queen Central, Silverland Central Hotel, Hotel Akoya dan banyak lagi. Daripada senarai itu, Aluna Ben Thanh paling murah dah paling dekat dengan Ben Thanh Market. About 1 min je jalan kaki.

Lagi lewat tempah hotel, akan jadi lagi mahal. Jadi 2 minggu sebelum fly ke Ho Chi Minh, aku dan member buat keputusan terus untuk tempah je hotel ni. Lagi pula, ianya boleh je cancel anytime. Tapi sebelum 3-4 hari sampai tarikh penginapan la.

Jadi aku nak kongsi sikit, pengalaman dan review Hotel Aluna Ben Thanh selama aku menginap 4 hari dan bermalam dari 7 hingga 10 Jun 2023.

Review Menginap Di Aluna Ben Thanh Hotel, Ho Chi Minh Vietnam

Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri ketika berada di Ho Chi Minh, Vietnam. Disamping nak jalan-jalan, nak la juga hotel yang selesa dan tidaklah terlalu bajet.

Lokasi

Macam yang aku bagi tahu, lokasi hotel ni betul-betul dalam Lorong Malaysia dan jalan kaki ke Ben Thanh Market ambil masa 1-2 minit sahaja. Terlalu dekat.

Review Menginap Di Hotel Aluna Ben Thanh, Ho Chi Minh Vietnam

Lokasi strategik dan tip top. Nak makan mudah, nak shopping pun mudah. Dalam Lorong Malaysia ni memang banyak kedai halal. Korang hanya perlu pilih yang bersesuain sahaja. Nak dapat street kopi vietnam pun ada.

Sebenarnya dalam Lorong Malaysia ada lebih kurang 7 hotel 3-bintang seperti Aluna Ben Thanh ni yang anda boleh bermalam. Nak tengok senarai, anda boleh pergi ke Senarai Hotel Dalam Lorong Malaysia.

Harga

Ini juga antara kriteria terpenting masa nak tempah hotel iaitu harga. Ketika itu, aku tempah hotel dalam weekdays dan bukan hari puncak pun. Jadi harga untuk 4 hari 3 malam yang kami dapat ialah RM480 sahaja. Lebih kurang RM120 untuk satu malam. Aku duduk berdua sahaja.

Aku tempah bilik jenis Deluxe Twin Room with outdoor view. Aku dapat 2 katil super single dengan tingkap yang ada view. Tidaklah terlalu lemas kalau duduk dalam bilik lama-lama. Harga berpatutan dan pastinya selesa.

Untuk tempahan, aku guna Agoda sahaja. Boleh tempah disini Hotel Aluna Ben Thanh dan bayaran dibuat secara online menggunakan kad debit, kad kredit atau guna online banking. Tempah di Malaysia je terus.

Urusan Check-In

Untuk urusan check-in kami mudah sahaja dan tiada isu pun yang berlaku. Check-in adalah bermula jam 2.00 petang dan check-out jam 12.00 tengah hari. Tapi kami sampai ke hotel jam 5.00 petang. Boleh terus check-in.

Review Menginap Di Hotel Aluna Ben Thanh, Ho Chi Minh Vietnam

Anda hanya perlu bagi Booking ID sahaja kepada receptionist untuk buat semakan. Boleh juga tengok di aplikasi Agoda atau emel. Kemudian, mereka akan minta gambar passport untuk rujukan sahaja. Bagi je la.

Tak sampai 10 minit, urusan selesai dan dapat kad kunci bilik. Kami dapat tingkat atas sekali; tingkat 12. Ok je tak kisah pun.

Kemudahan

Sebabkan ni hotel biasa 3-bintang. Jadi tak samalah macam hotel mewah yang lain. Tapi dari segi luaran, nampak cantik tau. Ada 12 tingkat kesemuanya dan jangan risau ada lif. Tapi satu je lah. Masa pergi tak ramai orang, jadi lif tak sesak sangat.

Swimming pool, gimnasium semua tu memang takda lah. Iron ada disediakan, tapi perlu request daripada kaunter. Khidmat housekeeping ada setiap pagi. Ruang breakfast ada disediakan di tingkat satu.

Ruang untuk menunggu dan simpan luggage ada disediakan. Kalau korang baru sampai, tapi tak boleh check-in lagi, boleh je drop luggage di tempat yang disediakan sementara menunggu. Boleh jalan-jalan dulu.

Breakfast

Kalau tak silap, Aluna Ben Thanh Hotel adalah satu-satunya hotel yang diiktiraf dengan sijil halal dalam Lorong Malaysia ni. Jadi anda tak perlu risau untuk makanan yang disediakan ketika breakfast. Oh ye, tempahan hotel dapat free breakfast tau.

Antara juadah yang disediakan seperti nasi goreng, kway teow goreng, mee goreng, ikan berkuah, bubur, wedges, telur omellelet dan pelbagai lagi. Minuman sejuk seperti manggan dan oren dan minuman panas seperti kopi vietnam dan teh juga disediakan.

Tapi semua juadah ini anda akan jumpa setiap hari. Yes, selama 4 hari aku ada disini, kesemuanya menyediakan juadah yang sama. Jadi makan je la. Nak cari kat luar, masih awal, kedai tak buka lagi. Nak makanan halal, alas perut dulu, makan sahaja di hotel.

Bilik Tidur

Bilik kami berada di tingkat 12. Antara yang disediakan adalah 2 buah katil super single, satu meja kecil tepi katil bersama lampu, satu kerusi dan meja kopi, tv 32-inci bersama kabinet, peti ais kecil, meja make-up bersama cermin, cerek elektrik, hair dryer dan almari yang lengkap dengan penyangkut baju dan peti besi. Aircond sahaja dan tiada kipas.

Arah kiblat pun ada diberi. Buka je laci di meja sebelah katil tu.

Review Menginap Di Hotel Aluna Ben Thanh, Ho Chi Minh Vietnam

Review Menginap Di Hotel Aluna Ben Thanh, Ho Chi Minh Vietnam

Tandas sedikit luas sebenarnya. Diasingkan dengan tempat mandi. Hanya shower yang diberi, tiada bath tub dan air sejuk panas pun ada. Mangkuk tandas duduk dan ada bidek. Jangan risau. Kelengkapan seperti sikat, sabun mandi, shampoo, berus dan ubat gigi juga disediakan. Singki sudah tentu ada.

Semua best, yang tak best hanyalah tekanan air mandi sahaja. Kalau nak kuat, kena guna air sejuk. Kalau air panas, dia slow sikit. Itu je tak best.

Review Menginap Di Hotel Aluna Ben Thanh, Ho Chi Minh Vietnam

Paling Best

Secara overall, aku sangat berpuas hati bermalam di Aluna Ben Thanh Hotel ni. Sebenarnya, ada je lagi hotel lebih murah, tapi sajalah pilih yang mewah sikit dan lebih selesa. Taknak sangat nampak macam backpackers.

Antara paling best adalah katil besar dan selesa, aircond sejuk, hotel ada status halal, harga berpatutan dan sebenarnya paling best adalah lokasi strategik, betul-betul dalam Lorong Malaysia. Semua kemudahan ada.

Aku boleh bagi 8/10 untuk Aluna Ben Thanh Hotel di Ho Chi Minh, Vietnam. Recommended! Kalau tekanan air bilik mandi tu ok, boleh dapat sembilan ni. Overall, best!

Tips Penting - Bagi mengelakkan berlaku apa-apa perkara tidak diingini. Bawa semua duit dan benda berharga jika keluar daripada bilik walaupun nak pergi breakfast sekejab pun. Tahun 2018 rasanya ada kes disini. Lain semua ok.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Review Menginap Di Hotel Aluna Ben Thanh, Ho Chi Minh Vietnam. Recommended!"

Comment Author Avatar
Tq for sharing.
Memang bagus sungguh dapat bermalam di si hotel ini sebab boleh sarapan tanpa was was. Halal gitu.