Siaran Langsung Live Malaysia vs Kepulauan Solomon Perlawanan Persahabatan 2023

Siaran Langsung Live Malaysia vs Kepulauan Solomon Perlawanan Persahabatan 2023

Yang ditunggu-tunggu kini telah kembali apabila aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 kembali lagi dan kali ini akan berlangsung antara pasukan Malaysia dan Kepulauan Solomon yang mana ianya akan berlangsung pada 14 Jun 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Mengikut kalendar FIFA, bermula 12 hingga 20 Jun 2023 akan berlangsung perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan bagi setiap negara di seluruh dunia. Jadi kesemua aksi liga bola sepak seluruh dunia termasuk di Malaysia menerusi Liga Super dihentikan seketika.

Jadi tiada aksi Liga Super untuk dua minggu ini. Tapi jangan risau untuk pencinta bola sepak, kerana dalam tempoh ini akan ada aksi melibatkan skuad Harimau Malaysia dengan mengharungi dua perlawanan iaitu bertemu Solomon Island dan Papua New Guinea (20 Jun 2023).

Perlawanan ini cukup penting untuk pasukan negara bagi mengumpul mata bagi memperbiki rangkin FIFA. Disamping itu, ianya juga masa yang sesuai untuk Kim Pan Gon bagi membuat persediaan awal bagi menghadapi Piala Asia 2023 Qatar pada Januari depan.

Untuk rekod, Malaysia kini menduduki tangga ke-138 dunia berbanding Kepulauan Solomon yang berada lebih tinggi sedikit kedudukannya iaitu di tempat ke-134 untuk rangking FIFA. Ini pastinya masa yang sesuai untuk Malaysia mendapatkan mata yang lebih ketika berhadapan pasukan yang lebih tinggi rangkingnya.

Kedua-dua pasukan ini tidak pernah bertemu antara satu dengan yang lain. Ini merupakan pertembungan kali pertama bagi kedua-duanya. Jadi perlawanan ini pastinya menarik untuk disaksikan pasukan mana yang akan menang dalam perlawanan pertama.

Untuk aksi terakhir, Malaysia telah memenang dua perlawanan iaitu ketika bertemu Turkmenistan dan Hong Kong pada bulan Mac yang lalu. Dalam tempoh yang sama juga, Kepulaun Solomon juga menang kedua-dua perlawanan iaitu ketika bertemu Fuji dan Vanuatu.

Jadual Perlawanan Persabahatan Tier 1 FIFA Malaysia vs Kepulauan Solomon 2023

Seperti pada bulan Mac yang lalu dimana Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi homeground untuk skuad Harimau Malaya masih belum boleh digunakan lagi kerana proses naik taraf stadium bagi berlangsung.

Jika sebelum ini bermain di Selatan tanah air, kini giliran orang Pantai Timur pula apabila kedua-dua perlawanan persahabatan Tier 1 ini akan berlangsung di Terengganu dengan menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Yang berdekatan terutamanya, boleh datang ke stadium bagi memberikan sorakan dan sokonga yang padu kepada pemain negara. Boleh dapatkan tiket menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM5 untuk tiket kanak-kanak. Tiada penjualan tiket di stadium.

Tapi jangan risau kepada mereka yang jauh dan tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, kerana perlawanan ini juga turut disiarkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go. Boleh juga live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka.

Macam mana kalau tiada Astro? Jangan risau, kerana perlawanan ini juga akan disiarkan di TV9 iaitu menerusi saluran Astro 149 dan myfreeview 109. Kalau tak sempat nak tonton di tv, boleh live streaming dengan menggunakan web atau aplikasi Tonton secara percuma sahaja.

Pasti ramai yang teruju untuk saksikan kembali aksi-aksi bola sepak daripada skuad Harimau Malaya. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Malaysia vs Kepulauan Solomon untuk aksi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa FIFA Tier 1 Jun 2023

14 Jun 2023 (Rabu)

FT : Malaysia (4) - (1) Kepulauan Solomon

  • Raphael Lea'i 11'
  • Paulo Josue 40'
  • Arif Aiman Hanapi 45+2' (P)
  • Safawi Rasid 77'
  • Lee Tyck 90+1'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Malaysia vs Kepulauan Solomon Perlawanan Persahabatan 2023"