Drama Keria Women - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Keria Women Di TV3

Saksikan drama terbaru Keria Women yang akan menemui penonton mulai 8 Julai 2023, bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Selain daripada itu, anda juga boleh striming lebih awal daripada tayangan di tv iaitu menerusi laman web www.hotstar.com atau menggunakan aplikasi Disney+ Hotstar. Hanya perlu langganan dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

Drama 13 episod yang menggantikan Diva Seroja ini merupaakn terbitan syarikat produksi Anomali Media Production Sdn. Bhd, diarahkan oleh Rusdi Ramli dengan nukilan skrip daripada Intan Zarina M Yasin.

OST Drama

Tajuk : Wanita
Artis : Maria
Komposer : Amir Hassan
Lirik : Amir Hassan

Sinopsis Drama Keria Women

Drama Keria Women menampilkan barisan pelakon seperti Rita Nadira, Sabrina Sharleen, Fify Azmi, Raja Ema, Ezaidi Aziz, Marc Syahmie, Muazmeer Mohsin, Shy Rim, Masitah Md. Isa, Widad, Nur Syamiera dan ramai lagi.

  • Rita Nadira sebagai Naura
  • Sabrina Sharleen sebagai Sally
  • Fify Azmi sebagai Icha
  • Raja Ema sebagai Cik Mah
  • Ezaidi Aziz sebagai Zam
  • Marc Syahmie sebagai Adli

Ianya mengisahkan tentang Naura iaitu seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat terkemuka yang kecewa setelah menjadi mangsa diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja.

Oleh kerana layanan yang tidak adil diberikan oleh bossnya, Naura tidak teragak-agak untuk meletak jawatan walaupun sebelum ini selesa dengan pekerjaannya di situ.

Sally merupakan pembantu peribadi Naura telah mengajak Naura untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka agar Naura dapat menenangkan diri daripada peristiwa tersebut.

Pada awalnya, Naura berasa janggal dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana di kampung kerana dia telah dibesarkan di bandar sejak umurnya masih kecil.

Cik Mah, ibu kepada Sally merupakan seorang peniaga kuih keria warisan yang cukup terkenal di kampung itu. Naura dapat melihat kuih keria Cik Mah itu berpotensi untuk tembus ke pasaran luar lantaran keistimewaan dan sambutan yang luar biasa.

Berbekalkan pengetahuan dan pengalamannya sebagai pengurus kewangan, Naura mula membuat pelan bisnes untuk mengkomersialkan kuih keria itu walaupun masih janggal dengan peralihan kariernya.

Berhasilkah percaturan Naura untuk mengkomersialkan kuih keria Cik Mah?

Drama Keria Women Di TV3

Drama Keria Women Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Keria Women - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3"