Drama Diva Seroja Di TV3

Drama Diva Seroja Di TV3

Saksikan drama terbaru Diva Seroja yang akan menemui penonton mulai 9 Jun 2023, bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Drama 13 episod yang bakal menggantikan Adnan Runner ini merupakan terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dengan nukilan skrip daripada A. Saoula Nordin dan Chinta Nadeesha (PGRs Team).

OST Drama

Tajuk : Zapin Ya Laila
Penyanyi : Shaz ft. Aiman Nomad
Komposer : Kmy Kmo & Luca Sickta
Lirik : Kmy Kmo & Luca Sickta

Sinopsis Drama Diva Seroja

Drama Diva Seroja menampilkan barisan pelakon seperti Puteri Balqis, Amira Drummer, Harissa Adlyn, Amanda Tan, Kashika Selvam, Nafiz Muaz, Fasha Sandha, Meor Mohd, Shazia Rozaini, Nazs Sally, Janet Khoo dan ramai lagi.

  • Puteri Balqis sebagai Amanda
  • Amira Drummer sebagai Leyla
  • Harissa Adlyn sebagai Maya
  • Amanda Tan sebagai Vivy
  • Kashika Selvam sebagai Shanty
  • Nafiz Muaz sebagai Cikgu Azlan
  • Fasha Sandha sebagai Cikgu Suzila
  • Meor Mohd sebagai Cikgu Mukhriz
  • Shazia Rozaini sebagai Cikgu Suzanne
  • Nazs Sally sebagai Cikgu Mariaton
  • Janet Khoo sebagai Pengetua Suminah

Ianya mengisahkan tentang sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4 yang bersekolah di Sri Seroja Private School iaitu Amanda, Maya, Vivy, Shanty dan Leyla. Mereka seperti remaja biasa yang mengikut arus kemodenan teknologi dan akfti dengan aplikasi permesejan iaitu Besties.

Kehadiran guru baru iaitu Cikgu Suzila telah membawa pembaharuan kepada hidup gadis-gadis ini. Pada awalnya, Cikgu Suzila telah berasa terkejut dengan status kebudayaan sukma sekolah swasta itu yang sudah tidak aktif bertahun lamanya.

Sebagai strategi untuk menghidupkan kembali kegemilangan kelab tersebut, guru kecil molek ini telah mengambil keputusan untuk memujuk kumpulan Diva Seroja iaitu ahlinya adalah terdiri daripada 5 pelajar perempuan tersebut untuk turut mengambil bahagian.

Misi Cikgu Suzila untuk memartabatkan kembali budaya dan tarian tradisional Melayu dalam kalangan pelajar sekolahnya bukanlah perkara yang mudah.

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilaluinya bersama kumpulan Diva Seroja. Mampukah guru ini berjaya merealisasikan visinya berama para pelajarnya itu? Saksikan kesudahannya dalam drama Diva Seroja.

Drama Diva Seroja Di TV3

Drama Diva Seroja Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Diva Seroja Di TV3"