Pengalaman Trip Naik Sampan Di Sungai Mekong, Vietnam

Pengalaman Naik Sampan Di Sungai Mekong, Vietnam

Banyak tempat dan aktiviti menarik yang anda boleh rasainya sendiri apabila datang ke Vietnam dan salah satu daripadanya adalah menaiki sampan di Sungai Mekong yang mana boleh katakan aktiviti wajib kalau datang Ho Chi Minh.

Bandar-bandar utama banyak di Vietnam dan kebiasaanya bagi yang fokus ke Ho Chi Minh, mereka akan jejak di Sungai Mekong ini kerana ianya adalah yang terdekat iaitu terletak di Selatan Vietnam. Kalau Hanoi, Dalat atau Da Nang, ianya berada di lebih atas ke Utara, agak jauh sebenarnya.

Sebelum ini, aku ada kongsikan itinerari penuh selama 4 hari ketika berada di Ho Chi Minh City, Vietnam. Jadi untuk kali ini, lebih fokus kepada salah satu tempat aku pergi iaitu di Delta Sungai Mekong dan antara aktiviti paling best adalah menaiki sampan disana.

Sebenarnya selain daripada aktiviti menaiki sampan di sana, terdapat banyak lagi aktiviti yang aku lalui dan semuanya disediakan oleh Amin Tour & Travel. Antaranya, menjelajah dari pulau ke pulau menaiki bot sambil nikmati air kelapa, tengok persembahan orang tempatan, tengok tempat buat coconut candy dan beberapa lagi.

Jadi aku kongsikan kesemua aktiviti yang aku lalui sehingga menaiki di sampan tersebut selama berada di Sungai Mekong Delta selama seharian disana.

Tempahan Tour Sungai Mekon Secara Online

Selain daripada tempahan manual yang dibuat menerusi mana-mana travel & tour, untuk aktiviti di Sungai Mekong Delta ini juga, anda boleh buat tempahan secara online menerusi klook seperti dibawah:

Untuk yang masih yang tiada akaun Klook, anda boleh daftar menerusi pautan ini untuk dapatkan kupon RM15.00

Pengalaman Berada Di Sungai Mekong Delta di Vietnam Dan Menaiki Sampan

Dari Malaysia lagi, aku kena decide sama ada nak ikut tour ke Chi Chi Tunnel atau ke Sungai Mekong. Kedua-duanya adalah antara lokasi wajib yang anda kena datang kalau pergi ke Ho Chi Minh City. Tapi aku pilih ke Sungai Mekong.

Untuk ke sana, ianya mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan daripada bandar Ho Chi Minh. Pada mulanya aku cuba cari cara untuk datang sendiri ke Mekong tersebut. Yela, semuanya nak dibuat DIY kan. Sebab aku datang Vietnam pun, semua buat sendiri.

Tetapi aku tak jumpa dan kebanyakkannya memang melalui travel & tour. Yes, bila aku sampai sana pun, macam susah je nak order bot, makan semua tu. Memang semua telah disediakan jika anda ikut tour. Jadi nasihat aku, ikut je tour ni. Boleh je pilih yang mana-mana anda percaya.

Untuk travel aku, memang aku deal dari Malaysia lagi untuk ikut Amin Travel & Tour. Lagi pun lokasi dieorang memang ada dalam Malaysia Street tu pun. Senang berurusan dan dekat dengan hotel kami. Nak pickup pun senang.

Melalui pakej yang kami ambil hanya berharga RM75 sahaja. Dengan harga tersebut, pelbagai aktiviti yang anda dapat, antaranya adalah :

  1. Naik bot besar pusing pulau
  2. Naik kuda
  3. Naik sampan
  4. Lawati kilang buat gula-gula kelapa
  5. Shopping madu
  6. Makan buah-buahan
  7. Minum teh madu
  8. Makanan tengah hari disediakan
  9. Shopping telekung, tudung, kain cotton, baju dan sebagainya

Daripada kesemua aktiviti ini, naik kuda je tak sempat. Sebab nak cepat, terus naik buggy je. Terus sampai ke destinasi.

Trip ke Sungai Mekong ini ambil masa sehari iaitu daripada pukul 7.45 pagi hingga pukul 4 petang. Sebab jarak perjalanan ke kawasan tersebut lebih kurang 2 jam. Jadi pergi balik sudah ambil masa 4 jam. Lokasi Delta Sungai Mekong DISINI.

Aku dan kawan bergerak menaiki sebuah van dengan group lain juga berjumlah 8 orang kesemuanya. Bagi aku jumlah yang cukup baik, tidak sikit dan tidak banyak. Ada seorang foreigner dari Australia. Nice la kenal ramai orang.

Sebelum sampai ke Sungai Mekong, kami berhenti dahulu di kedai untuk shopping. Disini banyak jual tudung, telekung, baju tulisan vietnam dan ada juga jual barangan berasaskan kulit buaya yang betul. Siap ada sijil lagi tau.

Dah siap semua, terus bergerak ke Sungai Mekong. Sampai disana, kami menaiki sebuah bot besar dan diberikan air kelapa fresh untuk dinikmati sepanjang perjalanan. Anda boleh la baca sejarah Sungai Mekong ni yang mana sebenarnya sangat panjang sehingga menghubungkan Kemboja dan China. Tapi kami pergi pada satu spot sahaja.

Menaiki Bot Besar Di Sungai Mekong Vietnam

Menaiki Bot Besar Di Sungai Mekong Vietnam

Destinasi pertama, singgah di kilang buat gula-gula kelapa. Adalah diberikan demonstrasi ringkas macam mana gula-gula tersebut dibuat dari sebuah kelapa sehingga jadi gula-gula. Akhir sekali, dapat rasa sikit. Selebihnya, ada dijual kalau berminat. Sedap juga la.

Pergi ke kilang buat gula-gula kelapa di Sungai Mekong Vietnam

Pergi ke kilang buat gula-gula kelapa di Sungai Mekong Vietnam

Selesai disana, barulah lakukan aktiviti utama iaitu menaiki sampan menyelusuri laluan kecil sebahagian Sungai Mekong. Inilah antara tarikan utama Vietnam. Datang sini, memang kena rasai sendiri la.

Satu sampai muat 4 orang dan akan ada 2 orang pendayung iaitu depan dan belakang. Dapat sekali topi vietnam tu, boleh pakai. Tapi pinjam je la. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk satu hala. Kami hanya menaiki satu hala sahaja.

Bahagian ini sungai tak besar dan cukup-cukup sahaja untuk perjalanan dua hala sampan. Tidak ada enjin, semuanya kena tenaga untuk mendayung. Laju juga la dieorang ni dayung. Mungkin sebab dah biasa kan.

Tempat lebih menarik, kalau banyak sampan yang berselisih. Nampak lebih meriah. Dengan orang ramai, sampan banyak, cuaca baik. Bagi aku aktiviti tersebut berlaku dengan baik dari mula hingga habis.

Dah selesai tersebut, digalakkan untuk anda bagi tips kepada pendayung tersebut. Boleh bagi 10,000 dong setiap sorang. Baru RM2 kan. Itu sahajalah pendapatan dieorang. Sambail bercuti, sambil menolong kan.

Naik sampan kecil di Sungai Mekong Vietnam. Wajib datang

Naik sampan kecil di Sungai Mekong Vietnam. Wajib datang

Naik sampan kecil di Sungai Mekong Vietnam. Wajib datang

Selesai aktiviti menaiki sampan, masih di kawasan yang sama, pergi ke satu kawasan untuk shopping madu jika berminat. Disini kami dihidangkan dengan teh madu secara percuma.

Kemudian pergi ke satu lagi kawasan untuk makan buah-buahan, sambil nikmati persembahan daripada masyarakat tempatan. Dieorang pandai tengok pelancong. Sebab kami ni dari Malaysia, mereka start dengan lagu melayu. Not bad.

Madu dan makan buah di Sungai Mekong Vietnam

Madu dan makan buah di Sungai Mekong Vietnam

Dah selesai semua, bergerak ke restoren untuk santapan makan tengah hari. Sedikit jauh, dan sebab itulah kena naik buggy. Lebih cepat. Tak dapat dapat kereta kuda kat sini. Tapi ok je. Sebab perut dah lapar kan.

Betullah apa yang ramai bagi tahu, makanan yang disediakan ni sedap gila. Kari ikan. telur dadar, udang masang merah, sayur dan sup. Kena pula dengan kopi vietnam. Memang bertambah juga la. Berbaloi la bayar sekali disediakan lunch kan.

Makan tengah hari sedap di Sungai Mekong Vietnam

Dah selesai semua makan tengah hari, terus naik bot besar semula untuk kembali ke tanah besar dan pulang ke bandar. Juga mengambil masa yang sama untuk sampai ke tempat penginapan di Lorong Malaysia.

Sangat Berpuas Hati

Untuk aku personally, bayaran RM75 tu ok lah. All-in termasuk makan tengah hari. Air pun disediakan, jangan risau. Memang bawa diri sahaja pada hari tersebut.

Alhamdulillah juga, hari nampak macam nak hujan, tapi tak hujan dari pagi sampai ke petang. Jadi cuaca mendung sikit dan tidak terlalu panas. Katanya hari-hari sebelumnya, hujan. Tapi untuk kami, tak hujan.

Terima kasih untuk tour dan merasai pengalaman yang mungkin tiada ditempat lain. Untuk anda yang bercadang untuk ke Ho Chi Minh, Vietnam dan tak tahu nak pergi mana, boleh join tour ke Sungai Mekong ni. Memang tidak menyesal dan rasai pengalaman sendiri.

Pengalaman Naik Sampan Di Sungai Mekong, Vietnam

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

13 comments for "Pengalaman Trip Naik Sampan Di Sungai Mekong, Vietnam"

Comment Author Avatar
berbaloi la trip tu boleh cuba macam macam
Comment Author Avatar
yup. sebab tour kan. jadi mcm2 aktiviti ada. main activity naik sampan la of coz dan paling best hehe
Comment Author Avatar
Wah... Dapat naik sampan kat Sungai Mekong.. Ni memang aktiviti wajib kalau datang ke Mekong River... masa naik boat dari jeti ke seberang Sungai Mekong tu pun luaassss sangat macam laut kan!!
Comment Author Avatar
yes. besar betul sungai dieorang ni. seram ni kalau jatuh haha
Comment Author Avatar
RM 75 untuk pergi dan balik campur pengalaman semua tu memang berbaloi. Destinasi wajib apabila travel ke Vietnam. Pergi Cu Chi Tunnels tak?
Comment Author Avatar
Tak sempat nak pergi. Kena plan next trip pula hehe
Comment Author Avatar
it is so memorable trip to Ho Chi Minh. I miss Vietnam a lot can plan this
Comment Author Avatar
Nell baru balik from Phu Quoc, and now I am excited to plan for my next trip to HCM ! this is fun and unique way to explore part of this city kan...
Comment Author Avatar
Seronok yer pengalaman berharga meneroka keunikan di Sungai Mekong. Agak2 aktiviti ni sesuai ke untuk kanak-kanak join sama
Comment Author Avatar
Ok. Next trip I nak ajak my friends merasai gak trip Mekong River nie. Macam menarik plak baca your experience
Comment Author Avatar
Woo seronoknya pergi Vietnam, memang wajib pergi sungai mekong kalau ke Vietnam kan. Seronk shopping kat sini
Comment Author Avatar
AM tak pernah sampai lagi ke Vietnam. Menarik juga trip menyelusuri Mekong River ini yea. Boleh masuk dlm wish list bucket travel salah satu tmpt yang menarik untuk dilawati hujung tahun ini.
Comment Author Avatar
Very reasonable price to enjoy a nice sampan tour at sungai Mekong, i wanna do it too next time at Vietnam la. Cheers SiennyLovesDrawing