Logo Dan Tema Hari Merdeka Dan Hari Malaysia 2023

Logo & Team Hari Merdeka/Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Setiap tahun, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan pada 31 Ogos secara meriah dan gilang-gemilang. Dalam masa yang sama juga turut diperkenalkan logo dan tema rasmi yang digunakan sepanjang bulan Kemerdekaan tersebut.

Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan Tema Hari Merdeka bersama Hari Malaysia bagi tahun 2023 ini iaitu Malaysia MADANI Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Selain itu, turut juga dikongsikan logo rasmi yang akan digunakan sepanjang bulan ini.

BACA : Logo & Tema Hari Merdeka Dan Hari Malaysia 2022

Jadi dalam tempoh ini, sebarai rakyat Malaysia, kita perlu rasa ada tanggungjawab untuk menonjolkan rasa patriotik kepada negara. Meriahkan dengan kibaran jalur gemilang, kongsikan kata-kata laungan merdeka di semua platform dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bagi menyemarakkan suasana kemerdekaan. Hiraukan seketika ideologi politik dan bersamalah demi negara Malaysia.

Untuk info, pada tahun 2023 ini, kita bakal menyambut Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan yang ke-66, manakala Hari Malaysia yang ke-60

Logo Hari Merdeka/Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Pada tahun 2023, kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan logo Malaysia MADANI sebagai logo rasmi untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM).

Logo Malaysia MADANI dijadikan logo rasmi pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik 'tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrat Rukun Negara'.

Bukan itu sahaja, logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

logo hari merdeka dan hari malaysia 2023

Maksud Logo

  • Jalur - Melambangkan lima hari dengan jalur merah dan putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara yang mendasari ideologi Malaysia.
  • Bulan Sabit - Melambangkan simbol agam Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
  • Bintang - Berbucu 14 melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
  • Bulatan - Dalam lingkungan warna biru melambangkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat
  • Warna Kuning - Pada anak bulan dan bintang itu adalah tanda negara ini dinaungi oleh Raja Berpelembagaan.
  • Warna Merah - Adalah tanda semangat jati diri rakyat Malaysia yang mendukung semangat wira yang membara.
  • Warna Biru - Adalah tanda semangat jati diri rakyat Malaysia yang mendukung semangat wira yang membara.
  • Warna Putih - Tanda keikhlasan dan keamanan sebuah negara bangsa yang merdeka.
  • Warna Hitam - Keyakinan rakyat terhadap kemajuan kehidupan dalam citra Malaysia yang unik.

Tema Hari Merdeka/Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Sama seperti logo, tema yang bakal digunakan ini adalah untuk Hari Kebangsaan bersama-sama Hari Malaysia yang disambut pada 16 September ini.

Pada tahun 2023, tema yang digunakan adalah 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'. Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampuan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Download Logo Rasmi Hari Merdeka Dan Hari Malaysia 2023

Jadi untuk anda yang ingin dapatakn logo rasmi atau penerangan tentang tema yang digunakan untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, anda boleh download di web merdeka360.my atau klik di pauntan ini.

Anda bebas untuk menggunakan logo ini dimana-mana sahaja tetapi mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pupuk semangat perpaduan bagi menyambut hari merdeka pada 31 Ogos dan hari Malaysia pada 16 september ini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post