Drama Surat Dari Tuhan - Sinopsis Dan Full Episod TV3

Drama Surat Dari Tuhan

Saksikan drama terbaru slot Samarinda berjudu Surat Dari Tuhan yang akan menemui penonton mulai 30 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Drama 30 episod yang bakal menggantikan Haloba ini merupakan terbitan syarikat produksi Mache All Star United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dengan nukilan skrip bersama Rozie Rashid dan Soula Nordin.

Episod : 30
Bersiaran : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 30 Oktober 2023 (Isnin - Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Rozie Rashid dan Soula Nordin
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak Lakonan

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Surat Dari Tuhan seperti Syukri Yahaya, Janna Nick, Ummi Nazeera, Wanns Ahmad, Trisha Ooi, Sheila Hassan dan Qistina Raisah.

Mereka dibantu oleh Shahidan Izwan, Balkisyh Semundur Khan, Qayra El, Meor Ahmad, Nik Ramly Rejab, Arash Mohd, Mohamad Danial, Nada Nur Syuhaida, Fazira Syafinaz dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagi Ryan
  • Janna Nick sebagai Misha
  • Ummi Nazeera sebagai Suzana
  • Trisha Ooi sebagai Rifqa
  • Wanns Ahmad sebagai Uzair
  • Sheila Mambo sebagai Rafilah
  • Qistina Raisah sebagai Rania

Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan

Drama Surat Dari Tuhan mengisahkan tentang Ryan yang telah bertindak tanpa persetujuan ibunya, Rafilah iaitu memberi peluang kedua kepada Misha dan berkahwin dengannya.

Hal ini telah mendapat tentangan ibunya memandangkan Misha pernah memutuskan pertunangan mereka hanya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung.

Firasat Rafilah sebagai seorang ibu ternyata betul. Setelah berkahwin dengna Ryan, Misha mula memperlihatkan dirinya yang sebenar.

Misha mula melayan ibu mentuanya iaitu Rafilah dengan layanan yang tidak wajar. Namun, Misha tiada perasaan belas ihsan terhadap insan tersebut.

Situasi menjadi lebih teruk apabila Ryan membawa Rafilah untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang di Madinah, Misha langsung tidak endah untuk memberi pertolongan kepada Rafilah bagi memudahkan urusannya.

Tidak cukup dengan itu, sekembalinya mereka di kota suci itu, pelbagai masalah melanda. Selain cabaran kehidupan peribadinya, masalah perniagaan juga perlu ditangani oleh Ryan.

Apakah kesudahan kisah ini? Ingin ketahuinya, jangan lupa untuk saksikan Surat Dari Tuhan sehingga ke akhir episod.

Drama Surat Dari Tuhan

Drama Surat Dari Tuhan

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Surat Dari Tuhan - Sinopsis Dan Full Episod TV3"