Info Drama Haloba Di TV3 Dan Sinopsis

Drama Haloba

Slot Samarinda diteruskan lagi dan akan menyajikan sebuah drama terbaru berjudul Haloba yang akan bermula pada 3 Oktober 2023 bagi menggantikan drama sebelumnya Pemburu Rahsia.

Seperti sebelumnya, slot ini akan menyiarkan 'Haloba' setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Drama yang bakal bersiaran sebanyak 15 episod ini merupakan idea asal daripada Kent Tan yang juga merangkap penulis skrip bersama Chooi Keen.

Ianya merupakan arahan Emi Suffian dan diterbitkan oleh syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd. dengan dibarisi pelakon popular seperti Aiman Hakim Ridza dan Afifah Nasir.

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 3 Oktober 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Kent Tan dan Chooi Keen
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

Drama Haloba

OST Drama

Tajuk : Helah
Penyanyi : Puteri Khareeza
Komposer : Iqie Hugh & Shazriq Azeman
Lirik : Iqie Hugh & Shazriq Azeman

Barisan Pelakon Dan Watak

Selain Aiman dan Afifah, terdapat juga pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam drama Haloba seperti Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin, Shah Iskandar, Kazar Saisi, Zila Bakarin dan ramai lagi.

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Raif
  • Afifah Nasir sebagai Erina
  • Sherry Ibrahim sebagai Aliya
  • Shiqin Kamal sebagai Misha
  • Ieda Moin sebagai Kak Zura
  • Shah Iskandar sebagai Taufik
  • Izz Ilham sebagai Adam

Sinopsis Drama Haloba

Untuk pengetahuan penonton, drama Haloba bermula dengan kepulangan Erina ke Malaysia dan telah mengatur untuk membalas dendam terhadap Raif atas kesalahannya yang lalu.

Demi untuk menjayakan perkara tersebut, Erina meminta bantuan kekasihnya iaitu Hadi. Mereka ingin menggangu-gugat kebahagian rumah tangga Raif bagi menggantikan kedudukan kedua-dua isterinya iaitu Alia dan Misha.

Meskipun merasakan segalanya berjalan dengan mudah, tetapi hakikatnya tidak apabila Erina dibelengu pelbagai cabaran daripada pelbagai pihak terutamanya mereka yang berada di sekeliling Raif.

Dengan sikap haloba yang ada pada Erina, dia sanggup mengetepikan akhlak dan prinsip hidupnya hanya bertujuan untuk membalas dendam.

Erina kemudiannya bertindak agresif dan tidak berperikemanusiaan hanya bertujuan untuk mencapai matlamatnya.

Tapi akhirnya adakah Erina berjaya dengan misinya tersebut demi mengeruhkan kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri?

Drama Haloba

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Info Drama Haloba Di TV3 Dan Sinopsis"