Senarai Pemenang Famili Duo 2023 Musim Ke-3

Senarai Pemenang Famili Duo 2023 Musim Ke-3

Saksikan siaran langsung bagi pentas akhir Famili Duo 2023 untuk musim ke-3 yang bakal berlangsung pada 3 Disember ini, hari Ahad pada jam 9.00 malam lintas langsung dari Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam.

Kita bakal dapat menyaksikan tiga pasangan duo merebut gelaran juara dan menjadi pemenang untuk musim kali ini. Mereka adalah duo Adira & Emma Suhaimi, Haqiem Rusli & Ariff Bahran dan Sharif & Syaiful Zero.

💡Isi Kandungan

  1. Lagu Tugasan
  2. Siaran Langsung
  3. Senarai Pemenang

Kesemua duo berjaya melayakkan diri ke pentas akhir setelah mendapat markah tiga tertinggi daripada enam duo yang lain pada peringkat separuh akhir sebelum ini. Dengan itu, di pentas akhir ini, hanya melibatkan tiga duo sahaja.

Peserta duo yang tersingkir dan tidak berjaya meneruskan cabaran sebelum ini ialah Shila Amzah & Syahir Amzah, Fuad Rahman & Tom dan Ryan Bakery & Adam Bakery.

BACA : Senarai Peserta Famili Duo Musim Ke-3 Tahun 2023

BACA : Pemenang Mingguan (Duo Of The Week) Famili Duo 2023

Lagu Tugasan Peserta Duo Final Famili Duo 2023

Pada pentas akhir ini, kesemua duo bakal membawa dua tugasan iaitu lagu pertama dengan tema bebas dan lagu kedua dengan tema vokal berkumpulan atau duet popular. Berikut merupakan lagu yang dibawakan oleh barisan peserta duo:

  1. Haqiem Rusli & Ariff Bahran - Ada Gajah Di Balik Batu (Wali Band) dan Beribu Sesalan (Shila Amzah, Jaclyn Victor & Ning Baizura)
  2. Adira Suhaimi & Emma Suhaimi - Pelesit Kota (Search) dan Bang Bang (Ariana Grande, Jessie J & Nicki Minaj)
  3. Sharif & Syaiful Zero - Lemak Manis (Roslan Madun), Umpan Jinak Di Air Tenang (Datuk Ahmad Jais), Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay) dan Kong Kali Kong (Namie & Floor88)

Seperti pada 7 minggu sebelum ini, kesemua peserta diadali oleh 2 orang juri tetap iaitu Mami Mas Idayu dan Ajai yang mana mewakili 70% markah. Manakala 30% lagi adalah datang daripada undian online penonton.

Setiap minggu, pasangan Izzue Islam dan Janna Nick dipertanggungjawabkan untuk mengemudi pentas sebagai pengacara dan memastikan setiap persembahan berlangsung dengan jaya mengikut tentatif seperti yang ditetapkan.

Siaran Langsung Final Famili Duo 2023

Famili Duo 2023 diadakan sebanyak 8 minggu dan kini sudah tiba untuk pentas akhir bagi mencari juara bagi musim ketiga. Program ini bakal berlangsung pada 3 Disember 2023, hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan saluran HD di Tonton.

Senarai Pemenang Famili Duo 2023

Juara - Sharif & Syaiful Zero (81%)

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Pemenang Famili Duo 2023 Musim Ke-3"