Senarai Peserta Famili Duo 2023, Juara Mingguan Dan Siaran Langsung Di TV3

Famili Duo 2023

Program realiti pertandingan nyanyian berkonsepkan kekeluargaan yang menjadi fenomena pada musim lalu kini kembali. Famili Duo 2023 akan temui penonton bermula 15 Oktober ini dengan pasangan yang lebih havoc.

Famili Duo menjadi lebih menarik bermula pada musim 2022 lalu yang mana pasangan adik-beradik Yamani Abdillah dan Zaki Yamani dinobatkan sebagai juara. Ini kerana sejak musim tersebut, selain daripada vokal nyanyian, markah persembahan juga turut dinilai.

Jadi selain daripada lontaran suara yang memukau, pelbagai persembahan dengan warna-warni yang ditampilkan oleh setiap pasangan dengan jayanya. Meskipun ada antara mereka yang bukanlah berlatarbelakangkan dunia nyanyian.

Kini cabaran tersebut akan disahut oleh enam pasangan yang mana terdiri daripada pasangan adik-beradik, suami isteri dan sepupu. Famili Duo manakah pula yang akan bergelar juara untuk musim terbaru kali ini agaknya?

Senarai Peserta Famili Duo 2023

Pada awalnya, hanya lima pasangan duo yang diperkenalkan kepada umum dan satu lagi pasangan akan dipertontonkan pada minggu pertama Family Duo 2023 iaitu pada malam 15 Oktober depan:

  1. Shila Amzah dan Syahir Amzah (Adik-Beradik)
  2. Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (Adik-Beradik)
  3. Fuad Rahman dan Tom (Suami Isteri)
  4. Ryan Bakery dan Adam Bakery (Adik-Beradik)
  5. Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Sepupu)
  6. Sharif & Syaiful Zero (Adik-Beradik)

Senarai Peserta Famili Duo 2023

Tahun ini kita ada juara GV yang bakal memeriahkan suasana. Selain itu, kita ada juga Artis Paling Popular ABPBH 2022 iaitu Haqiem Rusli dan minggu kita juga akan terus dihiburkan apabila ada Tiktokers terkenal Ryan Bakery yang menyertai mereka.

Pasangan selebriti ini akan bersaing sesama mereka setiap minggu bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. Manakala juara mingguan bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 iaitu selama tujuh episod.

Kesemua pesermbahan yang ditonjolkan di atas pentas oleh barisan peserta akan diadili oleh juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idaya dimana mereka mewakili 70 peratus. Selebihnya 30 peratus adalah melalui undian penonton secara online (Undi sini).

Menggunakan slot 'Berduo lebih baik', program ini bakal dikendalikan oleh gandingan selebriti serba dinamik dan berkebolehan iaitu Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program. Pasti meriah apabila mereka berganding di atas pentas nanti.

Jadi jangan lupa untuk saksikan Famili Duo 2023 yang bersiaran selama 8 minggu mulai 15 Oktober 2023, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam yang disiarkan secara langsun di TV3 atau boleh juga strim secara HD melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Juara Mingguan Duo Of The Week

Berikut merupakan senarai juara mingguan Duo Of The Week yang diumumkan setiap minggu pada penghujung rancangan

  1. Minggu 1 : Sharif & Syaiful Zero
  2. Minggu 2 : Haqiem Rusli dan Ariff Bahran
  3. Minggu 3 : Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi
  4. Minggu 4 : Haqiem Rusli dan Ariff Bahran
  5. Minggu 5 : Sharif & Syaiful Zero
  6. Minggu 6 : Sharif & Syaiful Zero
  7. Minggu 7 : Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi
  8. Pentas Akhir


Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Senarai Peserta Famili Duo 2023, Juara Mingguan Dan Siaran Langsung Di TV3"

Comment Author Avatar
tadi tengok memang best lagi groupzero