Mencari Tweet Pertama Atau Tweet Lama Kita Di Twitter

tweet seach

Mencari Tweet Pertama Atau Tweet Lama Kita Di Twitter | Aku sekarang lebih aktif di Twitter berbanding Facebook. Ada beberapa sebab sebenarnya dan antara salah satuny adalah berita semasa lebih cepat tersebar di Twitter berbanding Facebook. Lagi pun Twitter lebih ringan berbanding Facebook, jadi jimat lah sikit data internet.

Tapi sejak aku guna Twitter, banyak aku jumpa user lain boleh jumpa tweet-tweet lama mereka ataupun tweet user lain. Ada sampai tahun 2010 dieorang boleh cari, dia scroll timeline sampai ke bawah ke? Aku cuba scroll, tapi memang tak sampai la dan aku baru tahu Twitter akan tunjuk tweet lama kita sampai 3200 tweet sahaja di timeline. Rata-rata user sekarang tweet sampai 10K ke atas la. Aku? 43K hahaha Jadi macam mana mereka selongkar tweet-tweet lama mereka dana dapatkan tweet pertama dieorang? Googlekan ada. Jadi kat sini aku nak kongsikan tips bagaimana nak cara tweet pertama kita di Twitter.

Mencari Tweet Pertama Di Twitter

Ada pelbagai cara untuk dapatkan tweet pertama kita di Twitter, tapi kat sini aku tunjuk 2 cara je.

Cara pertama adalah melalui tweet tool iaitu dengan layari

(NajibRazak tukar kepada usernama twitter anda atau letak sahaja usernama anda di kotak disediakan di website tersebut)

twitter najib

Jika anda tengok tweet PM kita ni, dia  bermula 2008, 2 tahun selepas twitter.com di perkenalkan. Jadi pada kotak @ tersebut anda boleh masukkan usernama anda atau usernama orang lain (pastikan dieorang tak protect account, baru boleh tengok)

Untuk cara kedua plak, anda hanya perlu seacrh bar di apps twitter atau twitter website anda sahaja, tanpa perlu buka browser anda seperti cara pertama tadi. Pertamanya anda perlu cari ruang search sama ada di apps twitter atau website twitter dan taip

from:username anda since:tahun-bulan-hari until: tahun-bulan-hari

sebagai contoh untuk twitter aku

from:koyotitos since:2012-05-12 until:2012-06-12

Tapi cara ni mungkin susah kita nak dapatkan tweet pertama kita sebab nak agak tahun berapa kita mula tu agak susah. Jadi aku takkan sia-siakan cara ni untuk gunakan bagi kegunaan lain. Cara ini juga kita boleh cari tweet-tweet lama kita menggunakan kata kunci. Caranya

from:username katakunci

sebagai contoh

from:koyotitos man utd

twitter man utdtwitter man utd

Jadi dia akan paparkan semua tweet kita yang ada kata kunci man utd dari mula kita tweet sehingga yang terkini. Cara ni juga kita boleh cari tweet lama user yang lain menggunakan username mereka. Itu jela yang aku boleh ajar bagi penggunakan twitter yang lain. Tapi bagi yang baru nak main twitter tu, ermm tak payah main la. hahaha

Terima kasih kerana membaca Mencari Tweet Pertama Atau Tweet Lama Kita Di Twitter. Jika ada sebarang komen hanya drop di kotak komen la deh.

1/Post a Comment/Comments

  1. wahhh very good info! dah follow twitter saya ke belum? my username: @sayidahlovechoc. follow pleaseee hahaha. nanti iolss followback.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post