Bazar Ramadan Sekitar Temerloh Bagi Tahun 2022

Bazar Ramadan Sekitar Temerloh Bagi Tahun 2018
sumber gambar sini

Bazar Ramadan Sekitar Temerloh Bagi Tahun 2022 | Entry sebelum ini, aku ada kongsikan lokasi tapak bazar Ramadan bagi kawasan Kuantan bagi tahun 2018. Jadi kali ini aku nak kongsikan pula lokasi tapak bazar Ramadan bagi kawasan sekitar Temerloh bagi tahun 1439H atau 2018 ini.

Aku kongsikan lokasi bazar bagi Kuantan dan Temerloh ini kerana memudahkan orang ramai terutamanya penduduk di daerah tersebut untuk mudah mencari tapak bazar bagi kawasan mereka. Selain itu juga, mungkin ada orang luar yang bermusafir tetapi ingin mencari juadah berbuka di kawasan Temerloh ini. Alasan lain, buat masa sekarang ini aku hanya menetap di 2 daerah iaitu Temerloh dan Kuantan sahaja.

Sebelum ini, pihak Majlis Perbandaran Temerloh, MPT ada memberi tahu bahawa pada tahun ini iaitu 2018, mereka menyediakan 683 tapak bazar dengan 8 lokasi berbeza sempena Ramadan. Jadi disini aku akan kongsikan 8 lokasi tersebut supaya mudah anda mendapatkan juadah berbuka. Ingat! Jangan membazir ketika membeli.

Lokasi Bazar Ramadan Kawasan Temerloh


  1. Lurah Semantan
  2. Bukit Desa Semantan
  3. Taman Temerloh Jaya
  4. Kuala Krau
  5. Mentakab
  6. Lanchang
  7. Batu 5 Simpang Simpang Kemasul
  8. Dataran Sri Ketumbit


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post