Wednesday, 24 October 2018

Sudah Cukup Baki Untuk Keluarkan Duit Daripada Shopback

Sudah Cukup Baki Untuk Keluarkan Duit Daripada Shopback

Sudah Cukup Baki Untuk Keluarkan Duit Daripada Shopback | Sekarang kalau kita mahukan sesuatu barang, kita tidak lagi perlu untuk turun ke kedai itu sendiri untuk memberi secara langsung. Ini kerana, di zaman moden sekarang, kita sudah diberi alternatif lain yang lebih mudah daripada beli barang terus ke kedai iaitu dengan pembelian barang secara online. Dengan cara ini, korang boleh membeli barang dengan hanya menggunakan gadget telefon bimbit atau menggunakan komputer.

Korang hanya perlu melayari laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut sebagai contoh korang boleh membeli di Lazada, Shopee, 11street dan pelbagai lagi laman web yang anda boleh cari di Google.

Jika sebelum ini saya ada kongsikan disamping korang bebelanja secara online, korang boleh dapatkan pulangan berbaloi iaitu secara cashback. Sebagai contoh, korang beli RM100, dalam tempoh sesuatu masa, mereka akan pulangkan RM10 ke akaun anda iaitu sebanyak 10%. Jadi inilah konsep cashback. Untuk baca lebih lanjut, korang boleh baca entry Cara menggunakan Shopback bagi kaki shopping Online.


Sudah Cukup Baki Untuk Keluarkan Duit Daripada Shopback


Jadi selepas itu, akhirnya sekarang saya berpeluang untuk keluarkan atau withdraw cash yang terkumpul selama ini di website Shopback sendiri. Sepanjang penggunaan Shopback ni, yang paling konsisten saya guna bila nak topup umobile, di sini saya boleh dapatkan 2% cashback daripada jumlah topup. Selain itu, saya pernah guna untuk pembelian beberapa barang di website Lazada, pernah guna untuk tempahan hotel di Agoda, belian di website Photobook dan beberapa lagi la. Jadi sebelum saya berbelanja semua, saya pastikan yang laman web tersebut ada di dalam senarai Shopback dan seterusnya boleh teruskan pembelian. (Tips lagi berkesan, kalau ada saudara ke sesiapa yang nak shopping barang mahal di Lazada sebagai contoh, korang bolehlah tolong orderkan dengan menggunakan akaun Shopback anda, sudah pasti cashbacknya pun besar. Tapi kalau boleh bagi tahu la dulu kan. hehehe)

19 Oktober 2018 yang lepas akhirnya pihak Shopback telah kreditkan cash ke akaun bank aku selepas sehari aku buat permohonan cashout. Sebenarnya tak sangka pula dalam sehari je dieorang boleh bank in kan. Efficient betul sistem depa kan.


Sudah Cukup Baki Untuk Keluarkan Duit Daripada Shopback
Tarikh ketika request cashout


Sudah Cukup Baki Untuk Keluarkan Duit Daripada Shopback
Tarikh ketika cashin di Maybank

Hanya beberapa langkah cara untuk anda request cash out daripada Shopback

  1. Selepas log in akaun anda, pergi ke profile dan pilih Cashback Overview
  2. Disini korang boleh tengok semua aktiviti yang telah berlaku, Cashback Activity, Withdrawal History dan Click Activity.
  3. Jika jumlah terkumpul sudah lebih daripada RM10, korang layak untuk cash out. Macam saya saya cash out RM50 dahulu. (Ianya tidak dikenakan chargepun)
  4. Seterusnya korang pilih Withdraw Money dan korang boleh add akaun bank yang anda ada. Macam saya, saya add akaun Maybank. Selepas selesai add, anda kene tunggu email daripada pihak Shopback untuk verify akaun bank tersebut. 
  5. Sudah verify baru lah korang boleh masukkan jumlah cash yang korang mahu cash out dan tekan withdraw
  6. Seterusnya, korang perlukan masukkan password akaun shopback dan tekan submit.
  7. Kemudian, korang perlu masukkan no telefon untuk proses verfikasi. Nanti akan unik no dihantar ke no telefon anda dan masukkan di ruang shopback tersebut dan tekan submit. Selesai!
  8. Mengikut info yang diberi akan ambil masa 3-5 hari, tetapi saya selepas sehari dah masuk akaun maybank



Sudah Cukup Baki Untuk Keluarkan Duit Daripada Shopback


Jadi dengan duit yang ada tu, boleh la berbelanja sikit kan. Kalau korang nak daftar Shopback, korang boleh terus klik sini dan daftar seperti biasa. Saya sarankan untuk kaki shopping online, sangat digalakkan untuk Shopback. Ada la sedikit pulangan kan nanti.


Share:

6 comments:

  1. dah ada shopback tapi dalam tu takde shopee nye kan? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap dulu pernah ada sekejab. tapi sekarang dah takda pun

      Delete
  2. wah peluang untuk semua..good luck ya

    ReplyDelete
  3. Dah ada akaun dah hehehee...

    ReplyDelete