Saturday, 20 October 2018

,

Maher Zain Akan Kembali Ke Malaysia Tidak Lama Lagi?

Maher Zain Akan Kembali Ke Malaysia Tidak Lama Lagi?

Maher Zain Akan Kembali Ke Malaysia Tidak Lama Lagi? | Baru-baru ni sedang aku layan facebook, twitter. Aku ada nampak page Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) berkongsikan 1 posting di wall mereka iaitu Maher Zain bakal kembali di Malaysia pada masa akan datang.

Perkhabaran ini juga di kongsi oleh laman facebook rasmi Munsyeed Corner yang memertabatkan industri muzik nasyid di Malaysia. Jadi aku cuma cari informasi ini di laman rasmi facebook Maher Zain sendiri, tetapi masih tiada lagi maklumat yang dikongsi oleh pihak mereka sendiri. Jadi buat masa ini, masih tiada lagi maklumat yang bila Maher Zain akan tiba di Malaysia. Masih 'Coming Soon'.


Aku sebagai pengikut dan pendengar setia lagu-lagu Maher Zain ini, agak sedikit excited la bila dapat tahu MZ akan kembali di Malaysia yang pastinya akan mengadakan konsert di sini seperti sebelum-sebelum ini berdasarkan gambaran daripada poster yang dikongsikan. 

Jika tahun sebelum ini, aku berkesempatan untuk bersama dengan Maher Zain di konsert-konsertnya iaitu pada tahun 2011 Maher Zain Live in Concert di Stadium Melawati Shah Alam dan pada tahun 2012 Maher Zain "Forgive Me" Live in Malaysia 2012 di Stadium Merdeka. 

Maher Zain Akan Kembali Ke Malaysia Tidak Lama Lagi?
(a)

Maher Zain Akan Kembali Ke Malaysia Tidak Lama Lagi?
(b)

 (a) dan (b)Gambar ketikal Maher Zain Live in Concert 2011

Aku bukanlah die hard fans kepada seseorang selebriti terutamanya MZ ini, cumanya aku suka akan lagu dan muzik yang dibawa oleh beliau. Sampai sekarang aku masih boleh terima lagu-lagunya dan masih dimainkan juga di corong-corong radio. Jadi disitu kita boleh terima, yang lagunya berkualiti dari segi muzik dan liriknya. 

Maher Zain Akan Kembali Ke Malaysia Tidak Lama Lagi?
(c)

Maher Zain Akan Kembali Ke Malaysia Tidak Lama Lagi?
(b)
(c) dan (d) : Gambar ketika Maher Zain Forgive Me Live di Malaysia 2012

Jadi kalau ada lagi konsertnya selepas ini, kalau ada rezeki, mungkin aku boleh sertai lagi, tapi kalau ada pihak yang nak sponser tiket konsert, saya terima dengan seadanya la. haha Jadi untuk konsert Maher Zain yang akan datang, aku juga tertunggu-tunggu. Maher Zain, Welcome Home!

Share:

3 comments:

  1. Lama tak dengar tentang MZ ni....suka lagu2 beliau.

    ReplyDelete
  2. Memang berbakat M Zain ni..nak dengar lagu2 baru ketuhanan best tu

    ReplyDelete
  3. selalu dengar lagu MZ kalau naik kereta (cd MZ dalam kereta)

    ReplyDelete