10 Telefon Pintar Terbaik Untuk Tahun 2022 Bawah Harga RM500

10 Telefon Pintar Terbaik Untuk Tahun 2021 Bawah Harga RM500

Jika anda sedang mencari telefon pintar dengan harga bawah RM500 untuk tahun 2022 ini, mungkin anda boleh lihat senarai yang saya sertakan disini.

Nampaknya tidak boleh disangkal lagi, kini sebuah smartphone atau telefon pintar menjadi suatu keperluan bagi setiap orang lagi-lagi kini negara sedang dilanda pandemik dan orang ramai Work From Home dan juga jalani Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).

Semua murid kini belajar di rumah secara online dan hanya dibenarkan murid yang menghadapi peperiksaan besar sahaja kembali ke sekolah untuk sesi PdP secara bersemuka.

Bagi meneruskan sesi PdP secara online ini tidak boleh tidak, anak-anak perlu sekurang-kurangnya mempunyai telefon pintar atau sebuah laptop. Tapi pasti kekangan kewangan yang dihadapi oleh ramai ibubapa sejak PKP lagi.

Jadi disini saya cuba kumpulkan senarai 10 telefon pintar terbaik dengan bawah harga RM500 untuk tahun 2022 ini. Kesemua ini anda boleh dapatkan pembelian secara online iaitu melalui Shopee atau Lazada sahaja.

BACA : Cara Buat Duit Online Secara Santai Menggunakan 5 Aplikasi Tahun 2022

10 Senarai Telefon Pintar Harga Bawah RM500 Untuk Tahun 2022

Harga yang disertakan mungkin berlaku perubahan dari semasa ke semasa. Jadi mungkin anda boleh beli ketika Flash Sale atau ketika Sale sedang berlangsung. Tapi jangan risau, kesemua smartphone yang dicadangkan ini adalah telefon baru tau. Bukan secondhand atau refurbished ke semua.

#1 - Xiaomi Redmi 9

Xiaomi Redmi 9

Sebuah peranti daripada syarikat terkenal China iaitu Xiaomi dengan model Redmi 9. Skrin yang ditawarkan juga cukup besar iaitu sebesar 6.53-inci FHD+ dan pastinya lebih terang dan jelas. Kamera selfie yang jelas beserta 4 kamera pada bahagian belakang. Ianya juga dikuasakan dengan cip pemprosesan Media Tek Helio G80. Harga yang ditawarkan bermula dengan serendah RM399 sahaja.

Shopee - RM399/button/
Lazada - RM535/button/#1E90FF

#2 - Xiaomi Redmi 9C

Xiaomi Redmi 9C

Sebuah lagi telefon pintar daripada Xiaomi iaitu Redmi 9C. Dengan harga bawah RM500, telefon ini menawarkan saiz skrin yang besar iaitu 6.53-inci. Selain itu, kapasiti bateri besar, 5000 mAh yang pastinya cukup untuk anak-anak adakan sesi pembelajaran secara online seharian. Kamera hadapan juga ditawarkan dengan saiz 5MP yang pastinya lebih jelas disamping 3 kamera dibahagian belakang

Shopee - RM389/button/
Lazada/button/#1E90FF

#3 - Vivo Y11

Vivo Y11

Seterusnya adalah Vivo Y11. Harga bermula RM400++ anda akan peroleh kualiti kamera hadapan sebesar 8MP beserta 2 kamera dibahagian belakang. Mudah bagi untuk proses pembelajaran menggunakan kamera hadapan. Telefon ini juga support dual-sim yang membolehkan anda menggunakan 2 nombor dalam satu-satu masa.

Shopee - RM439/button/
Lazada - RM499/button/#1E90FF

#4 - Lenovo A8

Lenovo A8

Telefon Lenovo A8 ini dikuasakan dengan cip Mediatek Helio P22 octa-core yang pastinya lebih memudahkan tugasan harian anda. Selain itu, ditambah lagi dengan 4GB RAM dan 64GB ROM. Cukup untuk menyimpan kerja-kerja sekolah atau slide di dalam telefon. Tapi kalau tak cukup, telefon ini ada disediakan slot micro sd tambahan yang menyokong sehingga 128GB. Banyak tu. 

Shopee - RM429/button/
Lazada - RM499/button/#1E90FF

#5 - Alcatel 3X

Alcatel 3X

Alcatel 3X juga menawarkan telefon pintar harga bawah 5 ratus iaitu RM399 sahaja. Kamera sebesar 8MP pada bahagian hadapan dan 3 kamera dibahagian belakang. Kapasiti bateri juga cukup besar iaitu 4000 mAh, tahan seharian. Selain itu, tawaran 4GB RAM dan 64 GB ROM sesuai untuk menyimpan data-data berkaitan.

Shopee - RM399/button/
Lazada - RM439/button/#1E90FF

#6 - OPPO A15

OPPO A15

Oppo A15 menyokong sambungan 4G tau. Jadi anda boleh dapat kelajuan yang baik terutamanya ketika proses video call ketika kelas online kan. Selain itu diberi 3GB RAM + 32 GB ROM dan menyokong slot tambahan micro sd juga. 3 kamera dibahagian belakang dan 1 kamera selfie bersaiz 5MP.

Shopee - RM499/button/
Lazada - RM499/button/#1E90FF

#7 - Vivo Y12s

Vivo Y12s

Telefon Vivo Y12s ini dikeluarkan pada bulan November 2020, jadinya masih baru dipasaran. Jadi anda akan dapat versi Android 10 beserta Funtouch OS 11 memberikan nafas baru kepada pengguna. Harga pun RM499 sahaja. Dapat 2 kamera pada bahagian belakang dan 1 kamera selfie sebesar 8MP. Walaupun penawaran hanya 3GB RAM dan 32 GB ROM tetapi ada disediakan slot micr sd tambahan yang menyokong sehingga 256GB tau. Macam-macam boleh simpan

Shopee - RM499/button/
Lazada - RM499/button/#1E90FF

#8 - Honor 9a

Honor 9a

Honor 9a juga telah diperkenalkan pada tahun 2020 sekitar bulan April. Disebabkan ianya telefon baru, jadi model ini tidak menerima sistem operasi Android. Jadi untuk install aplikasi, anda boleh menggunakan Honor App Gallery. Tapi jangan risau, warranty 1 tahun diberikan kalau berlaku apa-apa kerosakan. Katanya dalam mod standby, telefon ini mampu bertahan sehingga 54 hari tau kerana ianya menawarkan kapasiti bateri sebesar 5000 mAh. Kamera hadapan 8 MP dan 3 kamera dibelakang dan banyak lagi kelebihan yang disediakan.

Shopee - RM449/button/
Lazada - RM549/button/#1E90FF

#9 - Realme C3

Realme C3

Senarai harga telefon pintar bawah RM500 yang seterusnya adalah model Realme C3. Anda boleh dapatkan dengan harga bermula RM479 sahaja. Ianya menawarkan cip Mediatak Helio G70 dengan saiz skrin sebesar 6.5-inci. Bagi tujuan online class sangat sesuai kerana ada akan peroleh kamera selfie dengan saiz 5MP dan juga 3 kamera pada bahagian belakang. Paling best, kapasiti bateri pun sebesar 5000 mAh tau. 

Shopee - RM479/button/
Lazada - RM499/button/#1E90FF

#10 - Poco M3

Poco M3

Senarai terakhir adalah bonus. Ini kerana Poco M3 tidaklah dalam senarai telefon pintar bawah RM500 sebaliknya berharga RM599. Cadangan ini dimasukkan adalah kerana antara telefon ini antara telefon yang mempunyai kapasiti bateri terbesar iaitu 6000 mAh sehingga ianya boleh dijadikan power bank juga. Pada bahagian kamera pula dipadangkan dengan 3 kamera pada bahagian belakang dan 1 kamera selfie sebesar 8MP beserta night mood, movie frame dan time-lapse. 

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post