PKP 2.0: Pahang Benarkan Majlis Akad Nikah Hanya Di Pejabat Agama Islam Daerah Sahaja

Pahang Benarkan Majlis Akad Nikah Hanya Di Pejabat Agama Islam Daerah Sahaja

Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melaksanakan segala aktiviti pengurusan nikah bagi seluruh Negeri Pahang.

SOP baru ini berkuatkuasa bermula 22 Januari hingga 4 Februari 2021 iaitu sepanjang tempoh PKP ini. JAIP juga ada mengeluarkan SOP berkaitan pengimarahan masjid dan surau, anda boleh baca disini.

BACA : PKP 2.0: Pahang Membenarkan Solat Jumaat Dan Solat Fardhu Di Masjid Dan Surau

Jadi kepada mereka yang ingin melakukan aktiviti berkaitan pernikahan di Negeri Pahang, anda boleh rujuk SOP yang ditetapkan oleh JAIP ini.

SOP Pengurusan Nikah Di Negeri Pahang Sepanjang PKP 2.0

Kursus Pra Perkahwinan Islam

JAIP memaklumkan segala penganjuran Kursus Pra Perkahwinan dan Taklimat Khas Perkahwinan (TKP) secara bersemuka adalah ditangguhkan. Peserta dibenarkan mengikuti Kursus Pra-Perkahwinan secara online yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang telah dibenarkan oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri lain.

Permohonan Kebenaran Berkahwin

Permohonan Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri adalah dibenarkan. Manakala Permohonan Kebenaran Berkahwin Luar Negeri dan Luar Negara adalah ditangguhkan.

▸Majlis Akad Nikah Pasangan Pengantin Dalam Negeri Pahang

Pihak JAIP hanya membenarkan pelaksanaan Majlis Akad Nikah bagi pasangan pengantin dalam negeri Pahang di Pejabat Agama Islam Daerah sahaja. Manakala bagi pasangan pengantin berlainan daerah, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan permit kebenaran rentas daerah.

Jadi kepada pemohon dan pihak yang terlibat perlu patuhi SOP yang ditetapkan sepertimana berikut:

  • Pemakaian Mask
  • Melepasi ujian suhu
  • Penggunaan handsanitizer
  • Penjarakan fizikal (1 meter)
  • Patuh susun atur kedudukan majlis yang ditentukan
  • Membuat sanitasi tempat majlis akad

Manakala bagi kehadiran ke majlis akan diminimakan iaitu tidak melebihi 8 orang seperti :

  • Seorang jurunikah
  • 2 orang saksi
  • Penganin lelaki
  • Pengantin perempuan
  • Seorang wali

Selain itu, tempoh pelaksanaan majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit. Upacara adat tidak dibenarkan. Semua yang hadir perlu daftar nama serta nombor telefon.

Manakala bagi wali yang berada di luar negeri Pahang semasa tempoh PKP, Majlis Akad Nikah tersebut digalakkan untuk ditangguhkan atau dibuat secara Wakalah Wali.

Sepanjang tempoh PKP ini, majlis resepsi atau walimatul urus (kenduri kahwin) tidak dibenarkan atau hendaklah ditangguhkan.

▸Majlis Akad Nikah Pasangan Pengantin Luar Negeri Pahang

Majlis Akad Nikah bagi pasangan pengantin atau salah seorang pasangan pengantin yang berada di luar negeri Pahang adalah dibenarkan dengan syarat:

1.  Majlis akad nikah diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah sahaja

2.  Mendapatkan permit kebenaran rentas negeri sertai mengemukakan ke pejabat agama islam daerah ketika majlis

3.  Mengemukakan keputusan ujian RTK Ag COVID-19 yang dibuat dalam tempoh 72 jam dari waktu pelaksanaan majlis akad ketika memasuki pejabat

4. Ujian RTK Ag COVID-19 boleh dibuat dimana-mana sahaja (yang diiktiraf oleh KKM) dan ianya bawah tanggungan pemohon

6.  Memaklumkan tempat atau lokasi jika bermalam lebih awal daripada tarikh majlis akad dijalankan

7.  Kehadiran seramai 3 orang sahaja terdiri daripada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali

8.  Kembali segera ke destinasi asal sebaik sahaja selesai majlis akad tersebut

9.  5. Jika tidak mengikut syarat-syarat ini, masjli akad nikah boleh ditangguhkan

Jadi diharap kepada bakal pengantin PKP 2.0, boleh buat persediaan lebih awal yang ingin meneruskan majlis akad nikah. Untuk SOP penuh, anda boleh dapatkan di facebook rasmi JAIP disini.

1/Post a Comment/Comments

  1. semoga usaha ni menghindarkan peningkatan kes covid..aminn

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post