Pahang Kini Bertukar Status Kepada PKPP Bermula Jumaat, 5 Mac 2021

Pahang Kini Bertukar Status Kepada PKPP Bermula Jumaat, 5 Mac

Beberapa hari lepas, Menteri Kanan Kesalamatan, Dato Ismail Sabri Yaakob mengumumkan status terkini bagi setiap negeri sama ada masih PKP, PKPB atau PKPP. Dalam pengumuman tersebut, Pahang bertukar status daripada PKPB kepada PKPP berkuatkuasa 5 Mac.

Melalui penilaian risiko yang dibuat setiap 2 minggu oleh KKM, pihak MKN bersetuju untuk tidak lagi melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi negeri Selangor, KL, Johor, dan Pulau Pinang tetapi ditukar status kepada PKPB. Selain itu, Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan masih di dalam arahan PKPB juga berkuatkuasa bermula 5 Mac. Untuk Sarawak ianya berkuatkuasa sehingga 15 Mac 2021.

Pahang Kini Bertukar Status Kepada PKPP Bermula Jumaat, 5 Mac

Manakala untuk negeri PKPP pula hanya melibatkan Melaka, Pahang, Perlis, Terengganu, Sabah, Labuan dan Putrajaya juga bermula 5 Mac hingga 18 Mac 2021.

Rentas Daerah Dan Negeri Bagi Setiap Negeri

Ismail Sabri juga mengumumkan dimana aktiviti rentas daerah dibenarkan bermula 5 Mac untuk seluruh negeri (termasuk negeri PKPB dan PKPP) kecuali negeri Sabah. Manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan sama sekali kecuali dapat kebenaran daripada polis melalui borang permit dan surat majikan.

Pahang Kini Bertukar Status Kepada PKPP Bermula Jumaat, 5 Mac

Walaupun kini dibenarkan rentas negeri, biasa yang dinasihatkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, DG Hisham dalam setiap sidang media beliau adalah sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan. Pakailah facemask ketika berada di tempat awam dan sesak, kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan juga jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dengan yang lain. Itulah sebenarnya 'vaksin' yang paling mujarab setakat.

Harap kes COVID-19 di Malaysia terus menurun supaya kita dapat hidup kembali seperti sedia kala sebelum ini. Nak juga jalan weh, tak dapat ke luar negara, pusing Malaysia pun ok.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post