DIY mini studio
Aku ni bukanlah master pasal fotografi ni, sekadar pandai tekan dslr dan punya kamera phone. Boleh la tangkap gambar biasa-biasa. Aku nak cerita berkaitan produk fotografi di mana sebelum ni ramai suggest kalau nak tangkap gambar produk bawak la studio, boleh shoot gambar produk bagi lawa untuk iklan dan promosi di media social khususnya. Ini kerana kesan pertama daripada iklan atau promosi adalah daripada cantiknya gambar atau keterampilan produk tersebut, lepas tu baru potential customer approach kita bertanyakan pasal produk kita.
Tapi mungkin penjual kecil nak masukkan produk ke studio fotografi tu memerlukan kos yang tinggi. Haaa! (sampai pun point aku) jadi sini aku nak ajar macam mana nak tangkap gambar produk di studio tapi dengan kos bawah RM10 kot dengan Do-It-Yourself mini studio. Erti kata lain, membina mini studio sendiri untuk shoot produk di rumah sendiri.
Terus kepada cara-caranya, tapi sebelum ni anda perlukan beberapa alat@tools untuk membina mini studio ni : Kotak, kertas mahjong, pembaris, pisau dan gam/saletap dan 2 lampu putih.
Secara asasnya anda akan potong sebahagia kotak untuk 3 sisi kecuali bahagian bawah kotak, untuk dijadikan dinding belakang
Sebelum itu, ukur bahagian sis kotak, macam aku buat 9 cm daripada sisi kotak dan tandakan ia supaya lebih mudah untuk memotong
Potong bahagian yang telah ditanda dengan pen dengan pisau
Jadi inilah hasilnya untuk bahagian atas
Seterusnya ukur bahagian atas kotak plak, ikut sahaja steps sebelum ini dah potong mengikut garisan
Jadi siap bahagian kotak
Jadi seterusnya, kita pergi bahagian kertas mahjong. Tujuan kertas mahjong adalah, kita nak balut semua bahagian dalam kotak supaya ditutupi dengan warna putih, jadi kertas mahjong sangat sesuai. Jadi ukurlah setiap bahagian kotak sebelum kertas dipotong
Ukur dikotak, trace dan tanda di kertas mahjong dan potong guna pisau senang daripada gunting
Selepas itu, salurkan semua bahagian dalam kotak dengan gam supaya kertasnya melekat pada kotak. Itulah fungsi gam kalau nak tahu hahaha
Ini bahagian bawah kotak selepas di tampal dengan kertas mahjong. Jadi terus tampal disetiap bahagian didalam kotak
Jadi siap la DIY mini studio. Dah boleh start plan nak shoot produk kita.
Ini adalah contoh yang tangkap hanya menggunakan smartphone.
Gambar ni aku gne iPhone 5S. Nampak terang, sesuai diiklankan, kalau nak lagi lawa masukkan dalam photohsop dan edit. Sekarang dah boleh iklankan prodak anda
10 comments for "DIY mini studio"