Senarai Koleksi Ucapan Dan Pantun Popular Selamat Hari Jadi

Ucapan Dan Pantun Popular Selamat Hari Jadi

Adakah ada tarikh Hari Jadi rakan, keluarga dan insan tersayang anda tidak lama lagi? Apa kata anda sediakan ucapan-ucapan atau bagi sahaja pantun terbaik sempena menyambut hari kelahiran mereka.

Walaupun mungkin kita berjauhan dan tidak dapat menyambutnya bersama. Dengan adanya ucapan-ucapan ini sekali gus menunjukkan kita masih mengingati hari-hari mereka. Tapi jangan lupa, hadiah boleh pos kan. hehe

Dengan adanya ucapan-ucapan atau pantun yang kami kongsikan ini, anda boleh hantar terus menerusi Whatsapp atau SMS. Selain itu, boleh juga digunakan untuk rakan-rakan di media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan tiktok. Kalau dah sampai tarikh hari lahir mereka, kongsikan di akaun mereka.

Senarai Ucapan Dan Pantun Sempena Hari Jadi

Berikut merupakan senarai ucapan dan pantun yang anda boleh gunakan tahun 2022 untuk share kepada orang yang tersayang apabila tiba tarikh hari kelahiran mereka.

Ucapan Hari Jadi

Ucapan 1

Selamat Hari Jadi. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan

Ucapan 2

Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipermudahkan segala urusan. Dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagian

Ucapan 3

Sanah Helwah! Semoga Allah memberkati usiamu

Ucapan 4

Happy Birthday!

Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia di samping orang yang tersayang.

Ucapan 5

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Daku doakan agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang dilalui dulu dan masa akan datang. Semoga ceria-ceria selalu.

Ucapan 6

Selamat Hari Lahir!

Semoga hari-hari mendatang akan penuh dengan kebahagian dan harapan. Teruslah berjuang dalam mengejar dan mencapai cita-citamu.

Ucapan 7 (Doa)

Ya Allah, panjangkan usianya, berkatilah hidupnya, perluaskanlah pintu rezekinya. Kurniakanlah yang terbaik buat dirinya dalam semua perkara di dunia dan di akhirat sana.

Selamat Hari Lahir

Ucapan 8

Happy Birthday!

May Allah fill your birthday with love, peace and happiness!

Pantun Hari Jadi

Pantun 1

Bagi tidur di waktu pagi,
Pergi kerja di ibu kota,
Ku ucapakan selamat hari jadi,
Buat kamu insan yang aku cinta.

Pantun 2

Sungguh cantik burung kenyalang,
Terbang hinggap di ranting mati,
Sanah helwah, insan yang ku sayang,
Moga hidup sentiasa dirahmati.

Pantun 3

Usia kita bertambah lagi,
Itu menandakan umur meningkat,
Panjang umur murah rezeki,
Ceria selalu mendapat rahmat.

Pantun 4

Petang hari menangkap ikan,
Sambil bermain lelah di taman,
Selamat hari jadi saya ucapkan,
Kepada tuan hamba yang budiman.

Pantun 5

Kalau pergi mencari sumur,
Dapatlah kita menumpang mandi,
Moga awak dipanjangkan umur,
Agar hidup sentiasa diberkati.

Pantun 6

Burung kedidi berkaki panjang,
Singgah makan di tepi sawah,
Ku doakanmu umur yang panjang,
Dengan ucapan Sanah Helwah.

Pantun 7

Anak dara duduk berangan,
Mendengar lagu mengoda jiwa,
Selamat Hari Jadi daku ucapkan,
Buat kamu yang teristimewa.

Pantun 8

Bunga mawark dipetik jangan,
Nanti duri tercucuk tangan,
Selamat ulang tahun kelahiran saya ucapkan,
Sudah bertambah usianya badan.

Pantun 9

Indah pagi kerana mentari,
Terang malam cahaya rembulan,
Happy Birthday ucapan bersemi,
Moga bahagia kita berkekalan.

Pantun 10

Pergi Kuantan singgah di Maran,
Membeli bekalan untuk santapan,
Selamat hari jadi saya ucapkan,
Ada jamuan nanti jangan dilupakan.

Pantun 11

Indah pagi kerana mentari,
Terang malam cahaya rembulan,
Happy Birthday insan yang aku cintai,
Moga bahagia kita berkekalan.

Pantun 12

Buah peria ulam pegaga,
Dimakan bersama gulai nangka,
Semakin hari semakin berusia,
Tingkatkan amalan menuju ke syurga.

Pantun 13

Terasa lapar selepas solat,
Makan roti disapu coklat,
Selamat Hari Lahir my sweetheart,
Sayang awak dunia akhirat.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post