Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah Beserta Maksud
Tidak lama lagi, kita akan memasuki tahun baru 1445 Hijrah dan akan bermulanya bulan baru iaitu Muharram. Ianya merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam (Hijrah).
Ini juga menandakan berlakunya antara peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah yang kini digelar dengan juga dengan Maal Hijrah.
Di Malaysia, tarikh 1 Muharram 1445 Hijrah adalam jatuh pada 19 Julai 2023 iaitu pada hari Rabu. Tetapi berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri bermula apabila masuk waktu Maghrib.
Selain daripada sambutan New Year setiap tahun, kita umat Islam ada juga Tahun Baru. Tetapi sambutannya lebih bermakna, apabila kita digalakkan untuk memperbayanyakkan amalan sunat pada bulan baru ini.
Antaranya adalah berpuasa seperti yang dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat sunat pada waktu malam" (Sahih Muslim)
Jadi dalam bulan baru ini, Muharram kita digalakkan dan disunatkan untuk berpuasa terutamanya pada hari Asyura iaitu hari ke-10 Muharram dimana fadilatnya adalah pengampunan dosa bagi seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu.
Selain itu, ketika tiba diambang tahun baru islam ini, kini sudah menjadi kebiasaan umat islam untuk berdoa dengan doa akhir tahun dan doa awal tahun.
Doa akhir tahun dibaca pada waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah dan doa awal tahun dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada awal Muharram.
Hukum Membaca Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah
Walaupun doa-doa ini tidak diamalkan oleh Rasulullah, tetapi ianya boleh diamalkan seperti jawapan diberi oleh Jabatan Mufti Negeri Perak tentang hukum amalan tersebut.
Jawapan :
Jabatan Mufti Negeri Perak setelah meneliti pelbagai pendapat, maka berpandangan bahawa kendatipun amalan seumpama ini tidak diamalkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat mahupun golongan Tabi‘in, namun ia merupakan amalan yang mempunyai tujuan kebaikan serta mendatangkan maslahah terhadap umat Islam.
Bagi menjelaskan pandangan ini, terdapat kaedah fiqh yang menyebutkan:
الترك لا ينتج حكم
Bermaksud: “Al-Tark tidak menatijahkan hukum (sama ada makruh atau haram).”
الترك لا يقتضي تحريمه
Bermaksud: “Al-Tark tidak semestinya menunjukkan keharamannya.” Oleh itu, dapat difahami bahawa mana-mana amalan sama ada yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW atau yang tidak pernah diamalkan oleh Baginda SAW secara mutlak selama mana tiada qarinah pengharamannya, maka tidak diertikan sebagai perkara yang haram atau makruh serta termasuk dalam amalan bid‘ah yang sesat. Sekiranya sesuatu amalan itu memberikan maksud kebaikan atau manfaat yang boleh diambil oleh umat Islam, maka ia termasuk dalam nas umum al-Quran yang menggalakkan berbuat kebaikan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 77:
َوافْ َعلُوا الْ َخيْ َر لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْف ِل ُحو َن
Bermaksud: “Serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Berikut adalah doa akhir tahun dan doa awal tahun Hijrah beserta maksud doa tersebut yang anda boelh dijadikan rujukan:
Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah
Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah
Diharapkan ianya bermanfaat untuk kita semua.
Salam Maal Hijrah 1445H diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com
Post a Comment for "Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah Beserta Maksud"
Post a Comment