Kad lama debit/ATM Maybank tidak boleh digunakan di mesin ATM bermula 17 Julai 2017
Baru-baru ini melalui akaun rasmi twitter Maybank mengeluarkan kenyataan di mana bermula 17 Julai 2017 kad lama debit/ATM keluaran Maybank tidak boleh digunakan untuk pengeluaran di mesin ATM.
Sebelum ini yang kecoh pertukaran perlu dibuat hujung tahun 2016 adalah berkaitan transaksi pembelian seperti nak beli di pasaraya menggunakan kad debit.
Jadi untuk pengeluaran ATM menggunakan kad ATM Maybank mesti menukar kad baru iaitu kad MyDebit. Pihak Maybank juga ada memberi tahu beberapa cara bagaimana nak tukar kad baru melalui website maybank2u.
Ada 3 cara antaranya:
- Melalui website maybank2u
- Melalui e-kiosk
- Tukar terus di Maybank branches
Jadi selepas 17 Julai 2017, selain kad MyDebit tidak boleh digunakan lagi. Anda boleh mengetahui lebih lanjut 3 cara untuk tukar kad baru disini. Please jangan la tukar last minit lagi macam sebelum ni.
5 comments for "Kad lama debit/ATM Maybank tidak boleh digunakan di mesin ATM bermula 17 Julai 2017"
loni dah nak kena tukar lagi pulak..
haha. btw tq infonya.