Update terbaru daripada Supercell untuk Clash of Clans
Akhirnya penantian telah terjawab selepas beberapa teaser atau pemberitahuan awal daripada pihak Supercell berkaitan update lain daripada yang lain sebelum ini untuk permainan online mobile terkenal Clash of Clans. Sebagai clasher yang masih setia dengan COC sudah tentu teruja apakah kelainan yang telah dibawa dan diperkenalkan dalam update kali ni. Kalau tak silap dekat 1 bulan video hog rider berlayar sehingga hari ni dimainkan sebagai teaser.
Jadi kali ni, aku akan membawa beberapa update terbaru daripada Supercell khas untuk clasher setiap. Ada troops baru? features baru? teknik serangan baru? base baru?
Maka secara rasminya semalam, Supercell melepaskan update terbesar mereka iaitu wujudnya Builder base dimana iainya base ke 2 untuk clasher yang diketuai oleh Master Builder. Kali ni builder tak duduk dalam hut lagi, tapi dia punya hall. Jika base pertama kita dipanggil town hall, base ke 2 dipanggil builder hall. Untuk mempunyai builder base, anda mestilah upgrade town hall sehingga town hall 4, baru la bot akan dibina dan boleh belayar ke builder base. Builder base anda sentiasa malam, main base anda setiasa siang. Jadi kg anda beradai dikutub selatan dan kutub utara.
Features terbaru
- Archer Tower : ciri-ciri terbaru adalah menukar serangan cepat ataupun serangan jarak jauh
- Multi Mortar (def baru) : dengan serangan berganda membuatkan troop sukar untuk mengelak jika dibandingkan dengan mortar biasa di main base
Bangunan baru
- Crusher (penghancur) : bertindak sebagai defence tower dengan menghancurkan ground troops enemy yang berdekatan
- Push Trap (Penolak) : bertindak dengan menolak ground troop enemy jika dilalui ke tempat yang kita tujukan
- Gem Mine (Lombong gems) : haaa inilah bangunan yang sangat dinanti-nantikan oleh clasher dimana gems percuma boleh dihasilkan tanpa mengeluarkan duit. Tapi mungkin gem yang dihasilkan seminggu 3 kali. Kita nantikan
- Clock Tower (Menara jam) : fungsinya adalah mempercepatkan segala perjalanan dan pergerakan kesemuanya di dalam builder base daripada masa membina sehingga penghasilan elixir, gold, gems (sumber).
- Double cannon (meriam berganda) : lebih berkuasa tetapi menembak agak perlahan
Master Builder |
Kemahiran baru
- Sneacky Archer (Si licik) : "jubah archer" yang membuatkan dia tidak dapat dilihat oleh pertahanan musuh untuk tempoh yang singkat.
- Boxer Giant (Giant Si Penumbuk) : "Power Punch" membuat serangan pertama melakukan kerosakan yang tinggi
Troops baru
- Bomber (Pengembom) : wataknya persis wallbreaker, serang menggunakan bomb, tetapi bomber menyerang building dan defence juga sekaligus
- Cannon Cart (Meriam troli) : fungsinya sama seperti defence cannon, tetapi cannon cart bertindak sebagai penyerang dan boleh bergerak seperti troops lain
Hero baru
Jika di base utama, terdapat 3 heroes iaitu Barbarian King dan Archer Queen dan Grand Warden tetapi di Builder base juga terdapat hero iaitu Battle Machine yang dikawal oleh Builder. Untuk menggunakannya builder hall mestilah berada di tahap 5. Bila berada di level 5, akan ada kebolehan baru iaitu Electrik hammer. Sama seperti baba king, BM juga immortal tetapi boleh cedera dan harus tidur untuk sembuh. haaa nampak ayat aku
Mod battle yang baru : versus battle
Kali ni Supercell memperkenalkan teknik terbaru menyerang iaitu versus battle sama seperti clan wars. Dia attack base kita, kita attack base dia dalam masa yang sama. Tapi kita tak boleh tengok live la. Jadi siapa menang, dapat trofi dapat loot, tapi loot kita tak berkurang. Villagers perempuan tu cakap, kan tak baik mencuri loot di base orang seperti di main base, baik battle kan.
Mekanik game terbaru
Secara ringkas, train troops secara automatik, walls tak jual seketul-seketul tapi datang banyak sekali gus, base kita tak boleh di attack kalau kita tak attack, 1 camp army, 1 jenis troops. Setakat ni spell takda lagi, jadi guna la troops yang ada.
Keistimewaan juga diberikan pada main base
Sekarang, di builder base terdapat master builder, lebih pakar daripada builder di main base. Jadi gunakanlah kepakaran master builder di main base korang.
Sekali Cannon anda adalah pada tahap yang cukup tinggi, anda akan melihat button gear up jika anda tekan cannon tersebut. Tekan up, pertahanan ini akan memberikan kebolehan hebat yang sama seperti cannon di Builder Base: Cannon Double! Tapi kalau master builder sibuk di basenya, tak bolehlah nak berlayar ke main base. Jadi pastikan master builder tak busy. Kesian dia, dah la kerja tak bergaji.
Base aku : Main base dan Buider base |
CLASH ON!
sumber clashofclan
4 comments for "Update terbaru daripada Supercell untuk Clash of Clans"