Lirik Lagu Luis Fonsi - Despacito (Malay Version - Inkognito)

inkognito

Dalam banyak-banyak cover lagu Despacito daripada Luis Fonsi ft. Daddy Yankee untuk versi Melayu aku suka cover yang ni. Katanya daripada negara jiran Singapura. Rata-rata yang komen daripada akaun youtube mereka memberikan komen positif termasuk daripada viewers luar negara walaupun dieorang tak faham. Semua yang kita tahu, lirik lagu asal Despacito mempunyai unsur yang tidak baik, alangkah bagusnya ambil melodi tersebut dan tukar lirik. Dan itulah yang geng ni buat. Jadi sini aku sediakan lirik Inkognito. Just enjoy!


Lirik Lagu Despacito (Malay Version - Inkognito)

pergi..
sekiranya kau tak mahu diri ini
jangan kau lukakan ku lagi

benci..
cukuplah kau lafazkan ia sekali
kau putuskan usah kembali

oh..ku..
tidak lagi mengharapkan kasihmu
ramai lagi yang akan menunggu ku
yang akan rugi bukan aku tapi kamu

oh yeah..
ya..
teman-temank katakan ni normal
semakin dilayankan aku akan lemas
hanya tunggu masa untuk hatiku tertutup

(chorus)
inkognito
untk memerhati perlu inkognito
ku bukan lelaki jenis desperado
kala kau tak sudi just go back to zero

inkognito
had kelajuan cintaku alegreto
dalam fikiran ku kau hanya bonito
tiap sindiran adalah manuscripto

Hati dan perasaan aku bukan mainan
suka-suka kau remukkan
ambil bila diperlukan
hati dan perasaan aku bukan pinjaman
senang saja kau robekkan
kini minta dikembalikan

[rap]
Segalanya sudahku sediakan
dengan sepenuh harapan
dan serba satu hantaran
rombongan aku hantarkan
dua puluh empat purnama tempoh ikatan
dua purnama pun kau tidak mampu kotakan
tapi bekas kasih engkau yang kamu dambakan
get up get up getaway
hasutan playboy kau mahukan
sehingga termakan dan tewas dipersimpangan
dimanakan setia yang telah engkau janjikan?

berkesah berkeluh
kau kata kau jenuh
mahu kebebasan
tak pernah tak penuh
dan aku turutkan
dengan kerelaan
sehingga kau sanggup untuk ambil kesempatan

berkesah berkeluh
kau kata kau jenuh
mahu kebebasan
tak pernah tak penuh
dan aku turutkan
dengan kerelaan
sehingga aku pun sanggup engkau menduakan

sayang..
(ulang chorus)

inkognito
untk memerhati perlu inkognito
ku bukan lelaki jenis desperado
kala kau tak sudi just go back to zero

berkesah berkeluh
kau kata kau jenuh
mahu kebebasan
tak pernah tak penuh
suka-suka kau remukkan
ambil bila diperlukan

berkesah berkeluh
kau kata kau jenuh
mahu kebebasan
tak pernah tak penuh
senang saja kau robekkan
kini minta dikembalikan

inkognito

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post