Trivia Menarik Berkaitan dengan Pemain Bola Sepak Wayne Rooney

trivia rooney

Trivia Menarik Berkaitan dengan Pemain Bola Sepak Wayne Rooney | Beberapa minggu yang lepas, peminat Red Devils mungkin sedih atas kehilangan pemain kesukaan mereka iaitu Wayne Rooney yang akhirnya bersetuju untuk kembalik kepada kelab asalnya iaitu Everton. Di United, beliau boleh dianggap sebagai legenda kerana begitu banyak pencapaian yang telah dicapai beliau selama di United. Tambahan lagi, beliau berjaya memintas rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman pemain United yang dipegang oleh Sir Bobby Charlton yang dipegang sejak 1973 dengan jaringan sebanyak 249 dan Rooney dengan jaringan 253 gol. 12 jumlah trofi yang pernah dimenangi beliau semasa di United.

sir bobby

everton

rooney
Rooney bersama jersi Everton. All the best wazza

Trivia menarik:

1. Peminat Harry Potter

Semasa mempromosikan kempen membaca kepada kanak-kanak, Rooney memberitahu bahawa buku kegemaran beliau adalah buku Harry Potter and The Philosopher's Stone karangan J. K. Rowling yang mendapat bestseller seluruh dunia. Dalam kempen tersebut, beliau perlu mencadangkan buku kegemaran sendiri kepada National Literacy Trust untuk mempromosikan budaya membaca. Dalam satu wawancara, buku tersebut menjadi kegemaran beliau kerana ia penuh keseronakan. pengembaranan disamping perlukan kepada imaginasi. Selain daripada itu juga, kerana penulis itu sendiri iaitu Rowling dan akhirnya buku beliau difilemkan.

2.  Degil dan nakal

Rooney juga mempunyai sejarah silam di alam persekolahan dimana pernah didenda seperti kanak-kanak nakal lain. Balik di alam persekolahan, beliau pernah di gantung sekolah selama 2 hari kerana melakukan vandalisma terhadap harta sekolah dengan menebuk meja di lab sains. Perkara ini berlaku kerana bola sepak Rooney telah dirampas sebelum itu. Jika anda mengikuti perkembangan Rooney sendiri daripada Everton sehingga Manchester United, beliau tidak dapat menjauhkan diri daripada kontroversi dengan sifat baran di atas padang. Jika di Everton ketika remaja, Rooney pernah bertengkar dengan pembantu pengurus Everton sendiri iaitu Alan Irvine.

3. Kenali isteri beliau bermula di alam persekolahan

Pada 2008, Rooney telah berkahwin dengan isteri beliau sekarang iaitu Coleen di Itali. Rooney tidak seperti selebriti dan pemain bola terkenal lain yang berkahwin dengan selebriti juga sebaliknya berkahwin dengan insan biasa. Sebenarnya, Rooney pertama kali berjumpa Coleen pada umur 12 tahun dan selang 4 tahun kemudian barulah mereka secara rasmi bercinta iaitu selepas taman sekolah menengah. Kebetulan, ibu Rooney iaitu Jeanette merupakan seorang staff dimana Coleen bersekolah semasa remaja. Mereka kini telah mempunyai 3 anak remaja iaitu Kai, Klay dan Kit Rooney.

coleen

4. Tatu di badan

Rooney juga tidak ketinggalan melukis tatu di badan seperti pemain bola lain. Sebenarnya setiap tatu yang diukir di badan punyai maksud tersendiri, sama juga seperti Wayne Rooney. Di badan beliau, terdapat tatu tulisan yang menulis "just enough education to perform" yang mempunyai dengan memberitahu bahawa beliar kurang dalam bidang akademik. Ini ditunjukkan apabila, beliau tidak mengambil exam akademik GSCEs dimana diwajibkan semasa sekolah menengah. Selain daripada itu, dengan semangat patriotisma beliau mengukir tatu bendera St. George dan tulisan "English and Proud". Tatu yang terkahir adalah lambang Salib yang menunjukkan beliau merupakan Roman Catholic faith dan Irish roots.

5. Disaman oleh David Moyes

Rooney telah mengeluarkan sebuah buku autobiografi bertajuk 'My Story So Far' dan dimana salah satu cerita yang terdapat dalam buku beliau adalah berkaitan dengan sikap seorang jurulatih yang pernah melatih beliau di Everton dan Manchester United iaitu David Moyes dengan melabel beliau sebagai suka mengawal seseorang pemain. Dalam buku tersebut juga, Rooney mengelar David Moyes sebagai seorang yang sombong dan juga orang bertanggungjawab yang menjual pemain pada 2004 kepada Manchester United. Dalam buku tersebut ada juga mendedahkan bahawa Moyes telah melawat ke pusat pelacuran dan mendedahkan butiran sensitif ke akhbar Liverpool Echo. 

moyes sue rooney

Dengan semua tuduhan-tuduhan yang ditulis di dalam buku 'My Story So Far', Moyes tidak mengambil ringan akan hal itu sekali gus mengfailkan kes mahkamah atas tuduhan fitnah. Tetapi akhirnya, Rooney menarik balik statement di buku beliau dan memohon maaf sekali gus bersetuju membayar £500,000 sebagai syarat penyelesaian kepada David Moyes.

6. Perilaku tidur yang pelik

Mungkin ramai manusia yang sukar tidur di malam hari sehingga perlukan ubat untuk menyelesaikan masalah ini. Wayne Rooney juga tidak ketinggalan apabila susah untuk tidur malam. Tetapi yang peliknya, beliau tidak memerlukan ubat tidur sebaliknya hanya memerlukan bunyi vakum. Kan pelik tu.

Trivia ni ditulis dalam buku beliau sendiri dan ditambah lagi, apabila vakum tiada dirumah ataupun rosak, Rooney mendapatkan bunyi daripada hair dryer isterinya pulak. Bertambah pelik!

wallpaper

Terima Kasih Legend Wayne Rooney

sumber sportskeeda

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post