Lagu Rasmi Sukan Sea 2017 Bangkit Bersama Daripada Dayang Nurfaizah

bangkit bersama

Akhirnya 8 Ogos pihak Kementerian Belia & Sukan telah mendengarkan dan mengeluarkan lagu rasmi bagi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang merupakan sukan sea yang ke-29. Jika sebelum ni aku ada kongsikan lagu daripada Tunjuk Belang daripada Monoloque, Lan dan Malique. Moga lagu nyanyian Dayang Nurfaizah terbitan Dato' Ramli MS sedikit dapat membangkitkan semangat kontinjen negara dan terus memberi semangat kepada semua peminat sukan negara bagi menyokong pasukan negara Malaysia. Nantikan 19 Ogos ini acara Sukan Sea 2017 akan membuka tirai. Jadi kita layan dulu lagu rasmi sukan sea berserta lirik.



Cinta ini, cinta yang mulia
Tercipta sudah, bandingan tiada
Tak berbeza, tiada warna
Batasan tiada, antara semua
Semangat mu, api yang membara
Kesetiaan untuk Negara ku

Bersama, semua, satu suara
Sambutlah, temasya, kebangaan kita
Berbeza tiada antara kita
(Bangun, bangun, semua) bangkit bersama

Impian, ku harapkan, muga terlaksana
Walau apa rintangan, ditentangi jua
Genggaman, juara, lembaran sejarah
Di hati ku hanya, kamu juara agung ku

Kesungguhan, dan keyakinan
Yang membawa, kejayaan

Bersama, semua, satu suara
Sambutlah, temasya, kebangaan kita
Berbeza tiada antara kita
(Bangun, bangun, semua) bangkit bersama

Impian, ku harapkan, muga terlaksana
Walau apa rintangan, ditentangi jua
Genggaman, juara, lembaran sejarah
Di hati ku hanya, kamu juara agung ku



Lagu: Rakyat Malaysia
Lirik: Rakyat Malaysia
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Penerbit: Dato' Ramli M.S.
Juruadun (Mixed): Dato' Ramli M.S.

Hak Cipta: Kementerian Belia & Sukan
Hak Milik Intelek: Kementerian Belia & Sukan

3/Post a Comment/Comments

  1. Rasa semangat bila bACA lirik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanya akan dinyanyikan masa pembukaan nanti di bukit jalil. siapa yang pergi boleh la hafal lirik ni kn

      Delete
  2. Ini lagu cinta, bukan lagu untuk menyemarakkan semangat. Arrangement lagu cinta walau dalam lirik ada unsur perjuangan, tapi rasanya memang tak sesuai untuk dijadikan lagu tema Sukan Sea. Berbanding dengan lagu Tunjuk Belang, lagu ni jauh ketinggalan. Kecewa sedikit dengan Ramli MS yang macam melepaskan batuk di tangga. Ni lagi power : https://www.youtube.com/watch?v=YXsVUlIXc7g

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post