Kelebihan Dan Kekurangan Design Photobook Sendiri Secara Online Dan Offline

Kelebihan Dan Kekurangan Design Photobook Sendiri Secara Online Dan Offline

Jika korang perasan aku ada keluarkan entri travel aku di Tokyo, Japan sebelum ni. Pada awal perjalanan dah aku plan yang aku akan keluarkan Photobook sempena travel aku ke Japan tersebut, sama juga aku pernah buat photobook untuk perjalan aku ke Istanbul, Turki. Tapi sudah hampir 8 bulan lepas perjalanan aku tamat, aku masih tak berkesempatan untuk design sendiri photobook sebabnya kekangan masa. Bagi aku nak buat photobook kene ambil masa sikit, sebabnya nak pilih gambar lagi, nak pilih layout, edit text dan macam-macam lagi.

Jadi baru-baru ni negara kita telah mencipta sejarah Sukan SEA KL 2017 apabila menjadi juara keseluruhan dan juga mencipta sejarah tersendiri mengutip pingat emas sehingga 145 pingat iaitu pingat terbanyak sepanjang zaman bagi negara Malaysia. Sekali gus, pihak Photobook Malaysia telah bermurah hati memberi percuma photobook bersaiz small landscape kepada penggunanya yang bertuah dan hanya perlu bayar untuk postage sahaja less than RM10. Sebabnya aku dapat voucher kupon melalui email. Apa lagi, aku pun teringat pasal Japan tu, aku terus design photobook sendiri. Kalau korang nak tahu, Photobook Malaysia menyediakan platform untuk pengguna design sendiri photobook, frame, gambar, canvas, business card, sticker, album gambar dan macam-macam lagi. 

Kelebihan Dan Kekurangan Design Photobook Sendiri Secara Online Dan Offline

Selain custom made yang disediakan oleh pihak Photobook Malaysia, disampingkan itu juga ada 2 mod iaitu design secara online dan offline. Melalui online, korang boleh design terus melalui website, tapi korang kene sign up dulu la. Caranya secara ringkas, pilih tawaran service (photobook, canvas, sticker,...), pilih design yang disediakan atau design sendiri, upload gambar, arrange gambar dan click order. Melalui offline juga tidaklah banyak beza banding dengan offline, tetapi korang kene download software Photobook Design. Offline dan online mod masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Kelebihan

Secara Online

  1. Bila kita buat secara online melalui online, kita akan simpan file project, gambar dan design diserver mereka. Jadi sudah tentu, gambar kita lebih selamat kalau apa-apa berlaku di laptop kita.
  2. Kita boleh design di mana-mana sahaja menggunakan komputer sesiapa sahaja. Tetapi pastikan ada talian internet je. Pastikan korang dah upload gambar-gambar siap-siap dalam file project tersebut.
  3. Readybook yang disediakan lebih banyak. Jadi lebih banyak pilihan.
  4. Lebih banyak features menarik.
Kelebihan Dan Kekurangan Design Photobook Sendiri Secara Online Dan Offline

Secara Offline

  1. Upload gambar lebih cepat berbanding online tetapi pastikan korang tak remove gambar tersebut daripada tempat asal.
  2. Senang digunakan iaitu secara drag & drop elements

Kekurangan

Secara Online


  1. Kelajuan upload gambar ke file project bergantung pada kelajuan internet. Jadi kalau dah internet slow, jadi slow la upload gambar kita kan.
  2. Korang tidak boleh simply drag & drop elements. Semuanya kene melalui button upload.
  3. Kalau internet tiada, tak boleh buat kerja.

Secara Offline

  1. Readybook yang tidak banyak berbanding secara online. Jadi mungkin design yang kita nak secara offline takda seperti secara online.
  2. Ingat, kalau nak buat secara offline, jangan alihkan atau remove gambar di komputer kita. Kalau tidak gambar di photobook kita akan hilang sebelum order.
Kelebihan Dan Kekurangan Design Photobook Sendiri Secara Online Dan Offline

Dengan line internet yang aku ada mungkin tidak mengizinkan, aku pilih design secara offline dengan readybooks yang ada. Theme photobook aku lebih kepada travel, tetapi readybook yang ada tidak menepati apa yang aku nak, jadi aku buat sedikit modifikasi layout pada file DaddyDuties supaya menjadi lebih menarik. 

Inilah serba sedikit apa yang aku tahu berkaitan design photobook secara online dan offline. Jadi nanti dah siap photobook aku, aku akan kongsikan serba sedikit apa yang telah aku lakukan. 

2/Post a Comment/Comments

  1. pernah design banyak photobook utk gambar personal, memang makan masa sebab nak pilih gambar dan edit text.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. perlukan kesabaran untuk dapatkan hasil yg diinginkan

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post