Jom Tengok Trivia Filem Terbaik Marvel, Black Panther

Jom Tengok Trivia Filem Terbaik Marvel, Black Panther

Jom Tengok Trivia Filem Terbaik Marvel, Black Panther | Sudah hampir seminggu filem Black Panther yang katanya filem terbaik Marvel ditayangkan di Malaysia. Rata-rata review yang diberikan oleh penonton mengatakan filem yang sangat hebat. Aku tak sempat lagi nak terjah panggung. Filem ini adalah filem terakhir sebelum Infinity War yang bakal ditayangkan pada April nanti. Jadi peminat filem superhero, jangan lupa tonton filem ini di panggung yang berhampiran. Jadi jom terjah sikit trivia menarik filem Black Panther


Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2018
Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 15 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong'o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, Andy Serkis
Pengarah: Ryan Coogler

Jom Tengok Trivia Filem Terbaik Marvel, Black Panther

Sinopsis Ringkas

Berlatarkan selepas kejadian dalam "Captain America: Civil War", T`Challa pulang ke Wakanda sebagai raja negara, tetapi mendapati kedudukannya dicabar oleh musuh lama dan beberapa puak dari dalam negaranya sendiri, yang mana ia telah menimbulkan konflik dan memberi kesan di luar Wakanda. Black Panther yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa bekerjasama dengan ejen C.I.A Everett K. Ross dan Dora Milaje, pasukan elit Wakanda, untuk menghalang negara mereka daripada terjebak dalam perang dunia.


Trivia Menarik

  1. Tiga dari setiap lima orang di Wakanda berkaki ayam, ianya keputusan yang dibuat sendiri oleh bahagian penyedia kostum.
  2. Pertarungan di dalam filem Black Panther ini diambil daripada seni mempertahankan diri dari Afrika. Pengarah juga menjadikan filem Creed (2015) dan Filem Kingsman sebagai rujukan gaya pertarungan. 
  3. Wakanda pernah dikesan di radar S.H.I.E.L.D didalam filem Iron Man 2 (2010). Lokasi itu menunjukkan negara itu terletak di Tasik Turkana, di sempadan Kenya dan Ethopia. Dalam dunia sebenar, tempat ini merupakan tempat penyimpanan mineral yang terbesar (dan sifat ini serupa dalam dunia Wakanda).
  4. Watak Black Panther telah dihasilkan pada Julai 1966 iaitu 2 bulan sebelum penubuhan Parti Black Panther. Jadi disebabkan itu, ramai menganggap nama BP itu diambil sempena parti tersebut. Oleh disebabkan itu, watak BP itu dinamakan semula sebagai Black Leopard. Namun, peminat mahupun pencipta watak Black Panther tidak mengambil berat atasu isu tersebut dan nama tersebut tidak bertahan lama dan ditukar semula.
  5. Pelakon pembantu Lupita Nyong'o dan Winston Duke yang memegang watak Nakia dan M'baku merupakan rakat sekelas di Yale. Mereka menonton bersama The Avengers (2012) dan berasa begitu teruja ketika itu, sehingga mereka berharap dalam membintangi dan terlibat dalam filem tersebut satu hari nanti. Tadaa! dah dapat join Black Panther.
  6. Nama "Wakanda" berasal dari suku Wakamba Kenya, yang juga dikenali sebagai Kamba.
  7. Filem Black Panther merupakan filem ke-18 yang dikeluarkan oleh Marvel Studios untuk MCU.
  8. Wakanda secara visual berdasarkan lokasi air terjun; Iguanzu Falls (Argentina, Amerika Selatan) dan Victoria Falls (Zambia dan Zimbabwe).
  9. Beberapa scene di dalam filem ini dilakonkan di Oakland, California. Sebuah bandar dimana pengarah Ryan Coogler dibesarkan. Ianya juga merupakan lokasi di mana filem pertama arahan beliau Fruitvale Station (2013). 
  10. Komposer Ludwig Göransson mengembara ke Afrika Selatan dan melawat Perpustakaan Antarabangsa Muzik Afrika di Grahamstown untuk mendengar arkib muzik "thousands of different tribes in Africa". Dia juga pergi ke Senegal dan Afrika Selatan untuk merakam pemuzik tempatan untuk membentuk "base" muzik.
  11. Selain daripada trademark Marvel Studios, tidak ada kredit pembukaan lain. Filem ini juga tidak menunjukkan tajuk filem sehingga akhir semasa kredit.
  12. Filem ini, mengenai seorang superhero Afrika, dikeluarkan dalam Black History Month (Februari), ketika budaya Afrika dirayakan di seluruh AS dan UK.
  13. Stan Lee: penulis buku komik yang mencipta Black Panther, muncul sebagai tetamu kasino.


IMDB Rating : 7.9/10

2/Post a Comment/Comments

  1. Otw nak tengok. Harap memang best laa :D

    ReplyDelete
  2. tengok trailer memang best dengan teknologi & kostum tapi sengkek pulak bulan ni so tunggu je lah keluar download link :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post