Carilah Lailatul Qadar Di 10 Malam Terakhir Ramadan

Carilah Lailatul Qadar Di 10 Malam Terakhir Ramadan

Alhamdulillah, sekarang di Malaysia khususnya telah pun masuk fasa ke-3 Ramadan iaitu 10 hari terakhir. Rasulullah membahagikan Ramadan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka.

Jadi pebanyakkanlah amal ibadah di bulan Ramadan terutamanya pada 10 malam terakhir ni. Banyak hadis menerangkan bahawa keistimewaan 10 malam terakhir ini adanya 1 malam yang amat istimewa yang dipanggil Lailatul Qadar yang disebut juga di dalam Al-Quran, malam lebih baik dari seribu bulan. Jadi jika kita berkesempatan untuk berjumpa malam tersebut seolah-olah kita telah beribadah selama 1000 bulan.

Carilah Lailatul Qadar Di 10 Malam Terakhir Ramadan

Pada malam tersebut, pelbagai ibadah yang kita boleh lakukan. Jika entry tahun lepas saya ada tulis berkenaan 5 things you should do in the last 10 nights of Ramadan. Mungkin kita boleh lakukan pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Antara ibadahnya adalah:
  1. Bersedekah walaupun RM1
  2. Membaca Al-Quran
  3. Banyakkan berzikir kepada Allah
  4. Lakukan solat-solat sunat seperti solat Tahajjud
  5. Memohon doa sebanyak-banyaknya di setiap malam
Jika jatuhnya pada Lailatul Qadar, insya allah ibadah kita seolah-olah kita melakukannya selama 1000 bulan.


Perbanyakkan membaca doa ini bagi memohon keampunan daripada Allah

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
(Allahumma innaka `Afuwwun TuHibbul `Afwa Fa`fu `Annii)

'Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun, dan suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku'



0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post