Jom Rasa Menu Baru, Nasi McD

Jom Rasa Menu Baru, Nasi McD

Sebelum aku pulang ke kampung halaman, di Kuantan aku sempat mencuba salah satu menu baru daripada Mcdonalds iaitu Nasi McD. Kalau tak silap juga, menu ini diperkenalkan pada awal Mei selepas menu Nasi Lemak Burger McD diperkenalkan.

Nasi McD yang dimasak sempurna, beraroma dan membangkitkan selera. Lagi puas dinikmati dengan kerangupan Ayam Goreng McD yang bukan macam biasa

Jom Rasa Menu Baru, Nasi McD

Secara ringkasnya, jika anda pesan set lengkap untuk Nasi McD ini anda akan diberi Nasi, Telur, Sambal, Salad dan Ayam Goreng McD. Tetapi Mcdonalds juga menyediakan 3 set yang berlainan iaitu Nasi McD dengan Telur, Nasi McD Ayam dan juga Nasi McD Ayam dengan Telur. Untuk harga pula ianya bermula dengan RM6.99 kemudian RM11.99 dan set terakhir adalah RM12.99. Untuk setiap set ini tidak disediakan minuman, jadi dengan hanya tambahan RM2, anda akan dapat Teh  Ais Limau berbanding RM3 untuk air bergas.

Jom Rasa Menu Baru, Nasi McD


Review Ringkas Untuk Nasi McD


Pada hari tersebut, aku beli set Nasi McD Ayam Spicy + Teh Ais Limau. Seketul ayam spicy McD diberi sama asa seperti ayam biasa yang sudah tentu menjadi kegemaran ramai orang termasuk aku. Untuk nasi pula rasanya betul-betul seperti rasa nasi ayam ayamas. haha Senang cerita, nasi yang diberi itu adalah nasi ayam yang biasa kita makan di kedai-kedai makan biasa. Jadi tidak la istimewa pun. Cumanya rasanya masih sedap.

Jom Rasa Menu Baru, Nasi McD

Jom Rasa Menu Baru, Nasi McD

Kemudian, untuk sambal pula digunakan seperti sambal tumis ikan bilis tetapi tiada ikan bilis. Mungkin menggunakan konsep nasi ayam biasa di luar yang menyediakan sos cili. Untuk salad macam biasa la, tiada yang unik pun. Jadi secara ringkas, nasi yang aku rasa adalah konsep nasi ayam bersama ayam goreng dengan sambil tumis. Bagi aku rasanya sedap tetapi tidaklah unik. Menu baru ini bagi aku, BOLEH REPEAT tetapi CUKUPLAH SEKALI.

Jom Rasa Menu Baru, Nasi McD
Bungkusan yang menarik

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post