Review Dan Trivia Filem Superhero; Incredibles 2

Review Dan Trivia Filem Superhero; Incredibles 2

Review Dan Trivia Filem Superhero; Incredibles 2 | Penggemar filem animasi sudah tentunya tertunggu-tunggu sekuel The Incredibles yang pernah ditayangkan pada 2004 yang lepas. Jika kita masih ingat filem pertamanya, mereka memperkenalkan 4 superhero sekeluarga dan di akhir filem tersebut ada didedahkan yang baby mereka Jack-Jack juga mempunyai kuasa superhero dan menjadikan mereka berlima keluarga superhero. Filem ini telah dilepaskan secara rasmi pada 14 Jun yang lepas iaitu pada Hari Raya pertama yang lepas, jadi kepada peminat filem animasi dan juga The Incredibles jangan lupa tontong di pawagam yang terdekat

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / Cina
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Jun 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan / Animasi
Durasi: 2 Jam 7 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Holly Hunter, Craig T. Nelson, Sarah Vowell, Huck Milner, Samuel L. Jackson
Pengarah: Brad Bird

Review Dan Trivia Filem Superhero; Incredibles 2

Review Dan Trivia Filem Superhero; Incredibles 2


Sinopsis


Keluarga Parr bergelut untuk menjalani kehidupan normal sementara Helen Parr, yang dikenali sebagai Elastigirl, keluar melawan penjahat. Sementara itu, suami Helen, Bob Parr, yang juga merupakan Mr. Incredible, tinggal di rumah menjaga anak-anak mereka Violet, Dash dan Jack-Jack. Bagaimanapun mereka bersama Frozone perlu menentang penjahat baru The Underminer yang mempunyai rancangan jahat.

Review Ringkas


Pada 20hb Jun yang lepas, aku bekesempatan untuk tontong Incredibles 2 di GSC East Coast Mall Kuantan bersama teman. Jika kita tengok rating di IMDB, rating yang didapati adalah 8.3/10 dan agak tinggi sebenarnya. Tetapi bagi aku, aku sedikit kecewa dengan sekuel kali ini. Sebabnya adalah, jalan cerita yang boleh dibaca dari awal, kualiti grafik sama seperti filem yang pertama, action lawan tidak segairah action lawan di filem pertama, mungkin disebabkan tiada villain yang kuat (screenslaver). Tetapi selain itu, yang bestnya, banyak dikenalkan karektor superhero yang baru dan perkenalan kuasa-kuasa Jack-Jack yang agak menarik. Tidak lah terlalu kecewa, masih menarik untuk ditonton lagi jika berkesempatan.

Trivia Menarik


  1. Filem Incredibles 2 merupakan filem Pixar Animation Studios yang terpanjang iaitu selama 1 jam 58 minit dan juga merupakan filem animasi terpanjang setakat ini.
  2. Pertama kali bagi filem Animasi Pixar yang watak protagonis dilihat menggunakan pistol (Elastigirl menggunakan pistol untuk menembak kunci di pintu)
  3. Suara Jack-Jack adalah rakaman arkib.
  4. Incrdibles 2 merupakan filem ke-20 Pixar Animation Studios.
  5. Incredibles 2 (2018) adalah filem Pixar ketujuh yang dikeluarkan oleh Michael Giacchino, selepas The Incredibles (2004), Ratatouille (2007), Up (2009), Kereta 2 (2011), Inside Out (2015) dan Coco (2017).
  6. Apabila Mr. Incredible sedang minum kopi sambil belajar matematik Dash, dia minum menggunakan cawan kopi Insuricare (syarikat yang sama dia bekerja di The Incredibles (2004)).
  7. Jurang empat belas tahun antara filem pertama dan sekuel ini ialah masa menunggu terpanjang antara filem Disney atau Pixar dan sekuelnya ( 4971 hari).
  8. Ini merupakan filem ke-4 Pixar mempunyai watak protagonis wanita, selepas Brave (2012), Inside Out (2015) dan Finding Dory (2016).
  9. Satu watak baru dalam Toy Story 4 (2019) muncul dalam salah satu adegan sebagai penggoda mungkin untuk filem seterusnya Pixar.
  10. Ini merupakan sekuel pertama Pixar yang mendapat PG-rated bagi filem mereka


IMDB rating : 8.3/10
AIMAN rating : 6.9/10


sumber: IMDB dan cinema.com.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post