Salam Aidil Adha Daripada aimanabdullah.com

Salam Aidil Adha Daripada aimanabdullah.com

Akhirnya aku buka je dashboard blog aku ni setelah beberapa minggu. Alhamdulillah, hari ni aku diberi masa untuk mengarang beberapa ayat untuk blog aimanabdullah bagi memberi nafas setelah beberapa minggu bersawang. 

Beberapa minggu yang lepas aku tak sempat untuk update entry baru kerana kekangan masa. Ini kerana untuk bulan terakhir bagi kursus professional yang aku hadiri memerlukan komitmen untuk disiapkan beberapa task yang diberi. Jadi sebab itu aku tak sempat untuk jenguk dashboard blog aku ni untuk post entry. 

Alhamdulillah setelah 4 bulan berkursus di Pahang Skills, 15 Ogos secara rasminya ianya tamat. Untuk penceritaan secara terperinci tentang kursus yang aku hadiri ni, nantikan di post yang akan datang. Bagi aku sangat bermanfaat untuk pelajar terutamanya lepasan Diploma. Nama kursus tersebut Process Plant Safety & Health dan akan diberi professional sijil kehadiran Occupational Safety & Health. Entry yang akan datang aku akan ceritakan.

Salam Aidil Adha Daripada aimanabdullah.com
 
Alhamdulillah semalam umat Islam di Malaysia telah menyambut perayaan kedua iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Kurban. Jadi belum terlambat untuk aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini dengan ucapan Selamat Hari Raya. Raya tahun ini aku masih berkesempatan menyambut di rumah kedua ibubapaku di Temerloh. Rayanya seperti tahun-tahun sebelum iaitu dengan Solat Aidiladha dan terus kepada ibadah Korban yang di adakan di Masjid Taman Temerloh Jaya. Tahun ini juga di tumbangkan sebanyak 16 ekor bagi yang mengambil bahagian.

Jadi akhirnya, aku harap selepas ni, aku harap aku lebih konsisten untuk update blog aimanabdullah ini. Supaya ianya akan terus bertapak di Internet dan terus memberi info yang bermanfaat kepada pembaca. 

Salam Aidil Adha Daripada aimanabdullah.com

Salam Aidil Adha Daripada aimanabdullah.com

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post